Euforia Bola 2026
Hiburan By: Afiq Kandi December 24, 2024 @ 12:14pm

7 Tahun Sengketa Berakhir! Ifa Raziah, Roslan Shah Kembali Bersahabat

Setelah tujuh tahun bersengketa, penyanyi Ifa Raziah dan pengacara Roslan Shah akhirnya menamatkan perselisihan mereka.

Memilih untuk berdamai, Ifa dan Roslan kembali bersahabat, menyambung ikatan yang pernah terjalin sejak 1998.

Mengulas mengenai momen perdamaian tersebut, Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 49, meluahkan rasa syukur atas keajaiban yang mengembalikan silaturahim antara mereka.

“Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana meleraikan ego saya dan Roslan. Akhirnya, hubungan persahabatan kami kembali utuh, insya-Allah,” katanya kepada XTRA.

Mereka ditemui pada sidang media Kemaafan Dendam Yang Terindah di St Giles Boulevard Hotel, Mid Valley, semalam.

Menurut Ifa, banyak kenangan pahit manis telah dikongsi bersama Roslan, malah dia menganggap pengacara kelahiran Singapura itu seperti keluarganya sendiri.

Sengketa mereka bermula pada Januari 2018 dan berlarutan selama hampir tujuh tahun sebelum kedua-duanya sepakat untuk melupakan perselisihan dan kembali bersahabat.

Sebelum ini, nama kedua-dua selebriti sering menjadi perhatian susulan pertikaman lidah yang berpanjangan hingga membawa kepada pelbagai tuduhan dan laporan polis.

Roslan turut melahirkan kelegaan apabila hubungan mereka kembali jernih setelah bertahun-tahun berusaha untuk berdamai.

“Sebenarnya, saya sudah lama memohon maaf kepada Ifa dan pada masa yang sama, memaafkannya. Sebagai orang Islam, saya tidak mahu bermusuh, lebih-lebih lagi selepas ibu meninggal dunia. Melihat ramai rakan artis yang sudah tiada atau sakit, saya mula berfikir apa pengakhiran saya jika terus bermusuh sebegini,” katanya.

Roslan juga mendedahkan bahawa keinginan untuk berdamai semakin kuat selepas beliau menunaikan umrah buat kali ketiga, di mana dia berdoa untuk memperbaiki hubungan mereka.

“Apabila saya dapat tahu adik Ifa meninggal dunia, saya mula berusaha untuk berjumpa dengannya. Saya rasa kekosongan selama tujuh tahun ini tidak dapat diisi dengan kehadiran orang lain,” tambahnya.

Sebagai tanda syukur atas perdamaian mereka, Ifa dan Roslan merancang untuk mengadakan majlis tahlil bersama anak-anak yatim dan menunaikan umrah bersama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Nov 2022

“Muka Dia Berkilat Betul…” – Gementar Nyanyi Live, Netizen Puji Rupa Paras Chombi

Lagu ‘Sayunk I Love You’ nyanyian Chombi atau nama sebenarnya Siti Maryam, 15, tular di internet, bahkan pemilik suara itu sekarang turut menjadi tumpuan ramai. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna […]

Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Hiburan Sat, 19 Apr 2025
Hiburan Tue, 3 Sep 2019

Ini Hadiah Mark Adam Buat Ibu Tercinta

Semoga murah rezeki Mark Adam!

Featured Thu, 10 Aug 2023

Shila Amzah Tampil Respons Isu Ibu Bapa Bercerai – “Serabut! Doakanlah Saja Mereka Bahagia”

‘Suka hati merekalah nak buat apa. Nak cari kebahagiaan masing-masing’ – Shila Amzah

Hiburan Wed, 7 Jun 2023
Featured Sat, 2 May 2026

Dua Kali Gagal Dalam Perkahwinan, Sharifah Aleya Tak Tolak Jodoh – “Siapalah Kita Nak Lawan Takdir”

Sharifah Aleya mengaku tidak menolak sebarang kemungkinan jika dia ditakdirkan bertemu dengan lelaki idaman sekali gus mendirikan rumah tangga pada masa akan datang.

error: Content is protected !!