Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops May 7, 2019 @ 2:00pm

8 tanda pasangan anda sebenarnya sedang menipu anda

Semua orang mungkin pernah menipu dalam hidup mereka. Ada yang menganggap menipu untuk kebaikan atau ‘tipu sunat’ itu dibolehkan.

Bagaimanapun, dalam sesuatu hubungan percintaan itu, ada jenis penipuan yang tidak patut diambil ringan.

Dengan itu, jom ketahui cara untuk mengenal pasti sama ada pasangan anda berlaku jujur atau tidak dengan anda selama ini,

Menurut nasihat pakar hubungan dan penganalisa tingkah laku, di bawah ini adalah tanda-tanda yang menunjukkan pasangan anda sebenarnya menipu.

Tingkah lakunya lain daripada biasa

Tahukah anda mengenai mesin yang boleh mengesan penipuan? Jika seseorang itu sedang diperiksa dan garisan mesin itu tiba-tiba bercelaru, itu bermakna dia sedang merasa tertekan. Antara puncanya mungkin kerana dia menipu.

Bagi pasangan anda pula, periksa jika dia menolak pelawaan untuk membuat apa-apa aktiviti bersama-sama lebih kerap daripada biasa. Perhatikan jika dia cuba mengelak daripada berjumpa dengan anda.

Pada masa yang sama, perhatikan juga jika dia menunjukkan rasa kasih sayangnya lebih banyak daripada biasa.

Apa-apa pun, jika anda perasan yang dia berkelakuan pelik, itu mungkin satu petanda yang memberitahu ada sesuatu yang membelenggunya.

Entri media sosialnya tidak serupa dengan apa yang dia katakan

Jika pasangan anda memaklumkan anda di mana dia akan berada, tetapi menurut Instagram dia pergi ke tempat lain, ini mungkin bermaksud perancangannya telah berubah – ataupun dari awal lagi dia memang tidak jujur.

Foto: anyaberkut/ iStock

Dia berkata dia tidak pernah menipu

“Jika seseorang itu berkata dia tidak pernah menipu, jangan percaya,” kata penganalisa tingkah laku Roger Strecker yang berpengalaman.

Semua orang akan menipu sunat dari masa ke masa, dan kadang kala memang tidak salah. Tetapi anda perlu tahu untuk membezakan antara tipu sunat dengan penipuan yang boleh memberi kesan yang serius.

Dia tidak memandang mata anda

Jika pasangan mengelak daripada memandang mata anda, itu bermakna dia ada sesuatu yang ingin disorok.

“Jika selalunya dia memang merenung mata anda, tetapi tiba-tiba dia berhenti, itu satu petanda yang dia sedang menipu,” kata pakar hubungan Rachel Sussman.

Dia cuba menjauhkan diri

Roger juga berkata bahawa mereka yang menipu akan cuba mewujudkan jarak antara dirinya dengan orang yang sedang bercakap dengannya. Jarak ini bukan sahaja secara fizikal, tetapi juga psikologi.

Dia menuduh anda yang menipu atau curang

Foto: Reader’s Digest Canada

Ini mungkin cara pasangan anda mengalihkan perhatian anda daripada kesilapannya! Sebenarnya dia yang menipu, tetapi anda pula dipersalahkan.

“Apabila pasangan anda berpotensi untuk berlaku curang, menipu atau mencuri, dia akan anggap yang anda pun mungkin membuat perkara yang sama,” kata pakar hubungan Jackie Viramontez.

Seseorang memberitahu pasangan anda sedang menipu

Memang sukar untuk mendengar dari mulut orang lain mengenai pasangan anda yang sebenarnya bukan seperti yang disangka.

Mungkin anda akan cuba menafikan dan  tidak menghiraukan sesiapa yang berkata mengenai kecurangan pasangan anda.

Jika seorang sahaja rakan atau ahli keluarga anda yang berasa ragu-ragu, tutup sahaja telinga. Tetapi jika ada ramai yang berkongsi kerisauan mereka atau menunjukkan bukti, silalah berbincang dengan pasangan anda.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sat, 7 Apr 2018

Ini Cara Menjaga Bra Kesayangan Anda Agar Ia Tahan Lebih Lama

Tetapi tahukah anda, semahal mana pun harga bra yang anda beli jika ia tidak dijaga dengan betul pasti akan cepat rosak.

FESYEN Sun, 19 Jan 2025
Featured Tue, 10 Jan 2023

Nasihat Suami Jangan Aniaya Wanita, Mawar Rashid Harap Raf Yaakob Tak Kahwin Lain

Pelakon cantik, Mawar Rashid memberi pesanan buat suaminya, Raf Yaakob untuk tidak menganiaya perempuan dengan menduakan hati seorang isteri. @mawarashidMacam mana mood para isteri harini?♬ original sound – mawarashid Menerusi perkongsian di TikTok, Mawar memberi […]

Featured Wed, 31 Oct 2018
Gaya Hidup Wed, 11 Apr 2018

Ayam Kampung Publika Gerenti Bikin Anda Jilat Jari, Tak Percaya Cubalah!

Restoran Ayam Kampung Publika antara restoran yang menghidangkan ayam kampung goreng original yang boleh anda nikmati bersama lauk-pauk yang lain.

Featured Fri, 30 Aug 2019
Featured Sun, 8 Mar 2020
Featured Tue, 28 Apr 2020
Gaya Hidup Fri, 11 May 2018

Ketahui Maksud Sebenar Warna Penutup Botol Air Yang Biasa Anda Beli

Jangan tahu beli sahaja, anda juga perlu tahu maksud di sebalik warna penutup botol air mineral ini.

Acara Wed, 13 Nov 2019

Starbucks Malaysia perkenal 3 perisa istimewa sempena perayaan

Penggemar kopi jangan terlepas peluang cuba kopi enak!

error: Content is protected !!