Hiburan By: Del14 September 23, 2019 @ 12:34pm

Stacy Dilabel Wanita Akhir Zaman?

GARA-gara pakaian ketika persembahan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-32, penyanyi Stacey, dilabel wanita akhir zaman oleh netizen.

Menerusi laman Facebook, Stacy memohon netizen tidak mengaitkan suaminya, penyanyi Akim Ahmad.

“Tidak boleh buat salah atau tidak sengaja, silap saja habis dilabel wanita akhir zaman. Astaghfirullahalazim. Mungkin orang yang komen hebat sebegitu memang tidak pernah buat salah tapi kasihanilah manusia yang dapat hari tidak menyeronokkan.

“Niat mahu semangat untuk kembali bekerja mencari rezeki saja dan semua saya buat dalam kadar yang termampu dan ikhlas. Tapi, bila sudah jadi begini dengan sadisnya mulut manusia penghukum ini buat saya rasa sakit pada suami dan keluarga.

“Jangan babitkan darling saya. Dia juga sibuk bekerja. Semua kesilapan itu dalah dari saya seorang,” katanya.

Menurut Stacy, semua orang pastinya berhadapan dengan situasi yang tidak dijangka atau tak diingini.

Stacy memberitahu, kain seluar dipakainya tebal, longgar dan berwarna kuning.

Dia langsung tidak sangka, kesan pencahayaan dan pergerakan tarian membuatkan pakaiannya kelihatan pelik.

“Nak komen tu janganlah ada yang melampau sangat. Saya ada suami dan keluarga tapi inilah nasib menjadi manusia bekerja dalam bidang ini. Memang ada risiko. Yakin menghibur orang dengan sehabis tenaga tapi lain pula jadinya.

“Saya nasihatkan, janganlah tengok benda yang menyakitkan mata sebab memang tak elok. Biarlah niat awal masing-masing itu kami tahu ke mana dan hanya di Atas saja yang tahu dan menentukan.

“Saya minta maaf kalau buat anda semua tergerak untuk memfitnah dan fikir macam-macam. Terima kasih kepada yang nampak usaha persembahan saya tadi,” katanya.

Oleh: Guy Masaki

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Nov 2022
Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Kenapa Pak Nil Emosi Tengok Drama TV3 Ni?

Geram dengan watak Husna dan Nek Pah pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi turut emosi menonton drama Jangan Benci Cintaku yang disiarkan di TV3

Featured Sat, 19 Mar 2022
Featured Wed, 9 Nov 2022

“Saya Yakin Dengan Pilihan Saya” – Abby Abadi Turun Berkempen

Bagus abby abadi didik anak-anak tentang politik

Hiburan Mon, 18 Nov 2019