Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops July 27, 2018 @ 8:00pm

9 Tanda-Tanda Yang Menunjukkan Kucing Anda Sedang Alami Kemurungan

Memanglah ia tak masuk akal, tapi sebenarnya binatang peliharaan anda pun boleh mengalami kemurungan macam manusia.

Kucing, terutamanya, memang cenderung untuk murung, dan ada beberapa jenis sebab ia boleh terjadi.

Antara kemungkinan yang paling common adalah peninggalan atau kedatangan seseorang di tempat tinggalnya, keadaan tak selamat di persekitarannya, kematian seseorang di dalam keluarga pemiliknya atau teman haiwan, ataupun pemindahan ke rumah baru.

Anda boleh kenal pasti sama ada kucing anda tengah depress atau tak dengan memerhatinya dan memeriksa jika ada sebarang perubahan dari segi perangai.

Berikut adalah tanda-tanda yang menunjukkan kucing anda betul-betul murung:

1. Hilang selera

Simptom ini adalah paling common dan paling mudah untuk dikenal pasti. Kucing anda akan makan lebih kurang daripada biasa, dan dalam sesetengah kes, dia terus tak makan langsung. Kucing selalunya mengikut rutin makan yang regular, jadi perubahan ini selalunya mudah untuk kita lihat.

2. Kurang aktif

Kucing murung selalunya akan tunjukkan kekurangan tenaga. Jika kucing anda selalunya aktif atau suka bermain, tapi tiba-tiba ia lebih lesu, ada kemungkinan yang kemurunganlah penyebabnya.

3. Suka menyendiri

Kucing murung akan kurang bersosial dengan orang, jadi akan habiskan masa dengan menyorok di bawah perabot atau di tempat yang orang takkan pergi. Mereka juga akan cuba sedaya-upaya untuk menjauhkan diri bila orang datang dekat.

4. Kurang “mandi”

Cara kucing bersihkan diri dalah dengan menjilat bulu mereka. Kekurangan minat untuk bersihkan diri sebegini adalah salah satu tanda kemurungan.

Foto: www.townhousepetcare.com

5. Tak kerap tidur

Kucing juga selalu sangat tidur, jadi tak hairanlah kalau dalam sehari itu, dia tidur berjam-jam. Seekor kucing yang mengalami kemurungan akan kurang tidur daripada biasa.

6. Banyak berbunyi

Setiap ekor kucing ada personaliti tersendiri dan sesetengahnya memang lebih vokal daripada yang lain. Kucing yang depressed akan “meluahkan perasaannya” lebih kerap daripada biasa. Ia senang untuk dikenal pasti jika ia berbeza daripada bunyi yang kucing anda selalu buat.

7. Dahagakan perhatian

Sesetengah kucing akan bersendiri tapi kucing lain pula berlawanan dan akan menjadi lebih melekat dan inginkan perhatian anda.

8. Tak nak guna litter box

Foto: myaltadenavet.com

Satu lagi tanda ialah kucing anda akan elakkan daripada menggunakan litter box. Sebaliknya dia akan membuang air di tempat pelik-pelik. Selalunya dia akan pilih lokasi yang penting baginya, seperti tempat dia suka tidur, ataupun bilik tidur seseorang yang tak lagi tinggal di rumahnya.

9. Suka mengganas

Kadangkala kemurungan kucing akan dapat dilihat melalui perangai ganas kucing tersebut terhadap manusia atau haiwan lain. Kucing yang selalunya gembira dan tak takut pada orang akan tiba-tiba mula mendesis (hiss) dengan garang, mencakar atau menggigit tanpa dijangka.

Sumber: Dailyentertainment.me

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 14 Sep 2018

7 Lagu Bertemakan Malaysia Yang Boleh Membakar Semangat Anda

Jom sambut Hari Malaysia dengan menyanyikan lagu-lagi ini sama-sama.

Featured Thu, 8 Aug 2019

Tengah cari kerja? Pastikan resume anda tiada bahagian yang tidak relevan ini

Pengurus pengambilan pekerja tiada masa nak tengok!

Gaya Hidup Fri, 15 Jun 2018

Dah Guna Deodoran, Tapi Ketiak Masih Basah? Amalkan 4 Cara Ini

Jangan biarkan diri anda malu dengan keadaan ketiak yang sentiasa basah!

Featured Tue, 12 Jun 2018
Gaya Hidup Fri, 5 Jul 2019

Anda mangsa majikan pilih kasih?

Mampukah budaya ini dihapuskan?

Gaya Hidup Thu, 12 Apr 2018

Ini Cara Nak Buat Bila Sinki Dekat Rumah Anda Tersumbat. No. 4 Memang Berkesan!

Masalah sinki tersumbat mesti akan mengganggu kaum wanita yang biasanya adalah orang yang paling sibuk melakukan tugasan di rumah.

Featured Wed, 11 Sep 2019
Gaya Hidup Wed, 10 Oct 2018
Featured Tue, 12 Feb 2019

Mengenakan bengkung sambil melakukan senaman tarian, berpeluh sakan dibuatnya!

Wow! peserta lelaki dan Erul AF pun ber’salsation’ sambil berbengkung? Terujanya!

Featured Tue, 24 Sep 2019

7 cara mudah untuk jadikan rumah anda lebih mesra alam

Langkah mudah di rumah mampu selamatkan bumi!

error: Content is protected !!