Euforia Bola 2026
familuv By: tex_admin June 16, 2018 @ 12:00pm

9 Teknik Urutan Yang Perlu Dipraktikkan Untuk Bayi Anda

Setiap pasangan suami isteri yang baharu sahaja menimang cahaya mata pasti akan berasa gembira dan teruja. Saat inilah gelaran ibu dikurniakan untuk anda. Sebagai ibu, anda pasti akan berusaha mempelajari teknik untuk mengendalikan seorang bayi yang baru sahaja anda lahirkan.

Daripada cara menyusu, mandikan bayi, tidurkan dan sebagainya. Tetapi tahukah anda, bayi juga memerlukan urutan yang boleh memberi ketenangan dan membantu mereka untuk tidur. 

Sebenarnya, urutan tangan yang lembut dapat merangsang penghasilan hormon oksitosin dalam badan bayi. Oksitosin merupakan hormon membangkitkan rasa kasih dan sayang terhadap bayi kita.

Selain itu, urutan bayi juga dapat menguatkan ingatan bayi terhadap anda, bayi akan berasa lebih relaks dan tidak merengek, kurang menangis dan mendapat tidur yang lebih baik.

Anda mesti nak tahu teknik urutan bayi yang betul kan? Penulis senaraikan cara mengurut bayi dengan betul mengikut urutan. Sebelum anda memulakan urutan, tanggalkan pakaian bayi termasuklah lampinnya dan sediakan minyak untuk urutan! Jom kita tengok 9 cara urutan bayi yang betul.

1. Kaki dan paha

Sebenarnya, kaki adalah anggota yang paling baik untuk memulakan urutan. Hal ini kerana, bahagian kaki adalah kurang sensitif berbanding bahagian lain. Apa yang boleh anda lakukan adalah, gunakan sedikit minyak dan mulakan urutan lembut pada pahanya menghala ke bawah kaki. Lakukan urutan ini pada kedua-dua kaki bayi dan ulangi dengan beberapa kali.

2. Buku lali dan kaki

Kemudian, ambil satu kakinya dan perlahan-lahan putarkan urutan beberapa kali ke setiap arah. Seterusnya, usap bahagian atas kakinya dari buku lali ke jari kaki. Tukar kaki dan ulangi urutan ini.

3. Tapak kaki

Gunakan ibu jari anda dan urut secara perlahan-lahan pada setiap tapak kaki bayi anda.

4. Jari kaki

Bagi menghabiskan urutan pada bahagian kaki, anda perlu menarik dengan perlahan setiap jari kaki bayi anda. 

5. Tangan

Beralih pula urutan pada bahagian tangan bayi. Pegang salah satu tangan bayi, urut perlahan-lahan dari arah bawah ketiaknya sehingga ke pergelangan tangan. Kemudian, putarkan secara perlahan-lahan tangan bayi anda dengan beberapa kali. Tukar tangan dan ulangi.

6. Tapak tangan

Gunakan ibu jari anda dan urut tapak tangan bayi anda menghala ke atas. Tukar tangan dan ulangi.

7. Jari

Tarik secara perlahan-lahan jari bayi anda. Ulangi untuk semua jarinya.

8. Dada

Letakkan kedua-dua tangan anda ke atas kedudukan jantung bayi seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Kemudian, mulakan urutan dengan membuka perlahan-lahan tangan anda, usap ke arah kanan dan kiri dada bayi. Ulangi dengan beberapa kali.

Letakkan satu tangan anda di bahagian atas dada bayi. Usap perlahan-lahan secara menurun sehingga ke bawah pahanya. Ulangi dengan beberapa kali.

9. Belakang badan

Seterusnya, tiarapkan bayi anda dan urut membentuk bulatan kecil pada kedua-dua belah tulang belakang bayi dari arah leher sehingga ke punggungnya.

Selesaikan urutan anda dengan beberapa usapan secara kuat pada bahagian belakang bayi. Setelah selesai mengurut, pakaikan lampin dan peluk bayi anda. 

Nampak macam mudah urutan bayi ini kan? Tapi, keadaan badan bayi yang masih lembut dan sukar untuk dikendalikan menjadi sebab utama untuk anda sentiasa berhati-hati apabila mahu mengurut bayi. Ingat ya, lakukan setiap urutan dengan lembut bagi tidak menimbulkan rasa kesakitan pada bayi.

Lagi satu penulis nak pesan, jangan ada rasa takut untuk mengurut bayi anda kerana cara urutan bukan sahaja dapat membantu pergerakan tulang bayi tetapi bayi juga memerlukan sentuhan kasih sayang daripada anda. Cara ini juga dapat mengeratkan hubungan kasih sayang antara anda dan bayi!

Sumber: Babycenter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 May 2024
Featured Fri, 21 Dec 2018

Rahsia Kebaikan Herba-Herba Yang Mungkin Anda Tak Tahu!

Bukan saja membangkitkan aroma yang menyelerakan dan membuatkan hidangan lebih enak tetapi herba jugak baik untuk kesihatan.

Featured Sun, 19 Apr 2020

Atiqah ajak masyarakat teroka misteri gua di Malaysia

Gua sumber biodiversiti penting untuk hidupan

Featured Fri, 12 Sep 2025

“Saya Adalah Wanita Yang Sangat Bersyukur & Paling Gembira Bila Fatima Di Sisi” – Fazura

Fazura bersyukur dan gembira dengan kasih sayang yang dimiliknya kini.

Featured Sun, 10 May 2026

Rita Rudaini Kongsi Lalui Fasa Sukar Sepanjang 50 Tahun – “Hampir 4 Tahun Tanpa Job, Tak Dibenarkan Keluar Rumah  & Ramai Minta Saya Mereput”

Rita Rudaini meluahkan perasaannya dan berkongsi antara ujian terbesar yang pernah dilaluinya sepanjang 50 tahun kehidupannya.

Acara Thu, 5 Sep 2019
Featured Tue, 18 Nov 2025

“Allah Sebaik-Baik Perancang, I Love You Fattah Amin” – Amira Othman Mohon Doa, Tak Dibenarkan Terbang Ke Korea

Amira Othman, memohon doa daripada peminat selepas mendedahkan dirinya tidak dibenarkan terbang ke Korea oleh tiga doktor pakar.

error: Content is protected !!