Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syafiqa Irdina February 27, 2020 @ 12:31pm

“Awal Dulu Bleeding, Sekarang…..” – Mia Ahmad Hamil Lagi

Pelakon cantik tanah air, Mia Ahmad baru-baru ini berkongsi pengalaman hamilnya buat kali kedua!

Pemilik nama Samihah binti Ahmad Baden itu berkongsi perkara itu menerusi satu video terbaharu yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya.

Terlampau Aktif

Kata Mia, Mia mengalami pendarahan di awal kehamilannya disebabkan terlampau aktif. Berbeza dengan dahulu, jelas Mia, kehamilannya kali ini lebih mudah dan hampir tidak rasa seperti sedang mengandung.

“Awal kehamilan haritu Mia bleeding doctor cakap maybe sebab terlampau aktif pastu naik basikal bawa Issa tu pula kat belakang. Tak tahulah hamil kali ni macam rasa mudah sangat, tak rasa macam mengandung sebab tu lah aktif buat itu ini.

Issa pun baik sangat kecuali masa dia nak wean off dulu tu je. Alhamdulillah… Harap urusan bersalin dan berpantang nanti pun Allah permudahkan. Insya-Allah,” tulisnya.

 

 
Mia Ahmad popular menerusi drama bersiri  TV3 iaitu Hati Perempuan dan Mr. Boss, Mr.Stalker  .

Mia Ahmad berkahwin dengan Izham Tarmizi, pemain bola sepak Malaysia dan dikurniakan cahaya mata yang diberi nama Sayf Issa selepas setahun berkahwin.

Xtra doakan agar urusan Mia Ahmad dipermudahkan.

Sumber foto: Instagram Mia Ahmad

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Dec 2022

Peminat Bola Sepak Protes Keputusan Pengadil Jepun Berat Sebelah

Jangan main-main dengan skuad bawang Malaysia!

Hiburan Wed, 25 Oct 2023

Ngeri! Padah Nak Bergambar Dengan Ular Sawa, Lelaki Hampir Mati!

Beringat sebelum kena! Jangan cari pasal dengan ular sawa tu.

Hiburan Fri, 31 May 2019

Kecewa Belum Dapat Bayaran ‘Shooting’, Reza Hasbi Minta Maaf Dengan Anak-Anak

Sampai masa, Abbi akan undur diri untuk kerjaya ini…

Hiburan Wed, 23 Oct 2019

黄明志1231迎来首场万人演唱会!与歌迷倒数跨年

黄明志12月31日将与歌迷倒数跨年,《4896》巡演将登上万人体育馆!

Figura Tue, 26 Mar 2024
error: Content is protected !!