Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin March 5, 2018 @ 7:35am

“Orang Lain Yang Sedap, I Plak Yang Kena” – Rita Rudaini Rimas

Kontroversi yang melibatkan perkahwinan Izreen Azminda dan Ude serta kisah perceraian suaminya itu bersama isteri pertamanya, Intan Liana turut memberikan impak bukan sahaja kepada mereka bertiga tetapi isu ini turut memberikan kesan kepada pelakon, Rita Rudaini apabila nama pelakon ini terpalit isu perkahwinan mereka. 

Sejak Izreen Azminda menutup laman instagramnya kerana dilabel sebagai perampas suami orang dan menjadi punca kepada isu perceraian Ude dan Intan, Rita pula menjadi mangsa apabila akaun instagram miliknya diserang dengan pelbagai komen melibatkan pelakon yang digelar sebagai sahabat baiknya itu. 

 

Rimas dengan komen berkaitan Izreen Azminda, Rita sekaligus memaklumkan bahawa dia langsung tidak mengambil kisah tentang kehidupan orang lain lantas merasa bengang kerana beliau sendiri tidak mempunyai kaitan dengan isu tersebut. 

Namun, jika dilihat menerusi komen yang ditulis oleh penyanyi, Ani Mayuni beliau menjelaskan bahawa Rita dan Izreen bukanlah sahabat baik atau Bff seperti yang digembar-gemburkan. Dan, bagi Ani adalah tidak adil sekiranya netizen terus mengecam Rita berhubung kes ini.

Terbaru, Rita telah memuat naik satu gambar menerusi instagram beliau seolah-olah sudah bengang dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Alahai, kesian dengan Rita Rudaini kan? Berkenaan kes Izreen dan Ude ni, biarlah mereka sahaja yang settle kan, tak pasal-pasal orang lain pula yang kena. Buat Rita, semoga terus tabah dan berjaya dalam dunia pengacaraan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Nov 2019
Events Wed, 10 Apr 2019

MONSTER X ‘Are Here’ in Kuala Lumpur for Their World Tour

The boys will be making a stop in KL for their ‘WE ARE HERE’ World Tour

Featured Mon, 27 Feb 2023
Hiburan Thu, 16 Nov 2023

Didakwa Runtuhkan Rumah Tangga Wanita Lain, Melly Goeslaw Curang Dengan Polis?

Alamak, betul ke ni Melly Goeslaw curang? Siap ada surat terbuka lagi tu

Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Elisya Sandha Mampu Berdiri Sendiri

Patutlah sekarang ni asyik tengok muka Elisya je kat TV kan?

error: Content is protected !!