Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin March 5, 2020 @ 12:42pm

” Saya Takut Dan Tidak Bersedia!” – Anim Ezati Akhirnya Kongsi Berita Gembira

Baru sahaja mendirikan rumahtangga pada 28 Disember tahun lalu, pengacara Malaysia Hari Ini akhirnya berkongsi berita gembira buat semua followers dan peminat beliau mengenai berita kehamilannya itu. 

Menurut Anim, pada mulanya beliau agak teragak-agak untuk berkongsi berita gembira tersebut kerana masih belum bersedia.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Anim Ezati Rizki (@anim.ezati) on

“Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Banyak kali fikir nak upload dan kongsi ini kepada semua orang, sebab entah lah. 

“Saya takut dan tidak bersedia! Tapi saya perlu, sebab makin ramai dah tegur and tanya kenapa nampak lain, makin berisi dan sebagainya,” tulisnya.

Malah, Anim juga bersyukur kerana beliau tidak mengalami sebarang alahan yang teruk dalam tempoh usia kandungannya mencecah 10 minggu.

Awak memang baby yang baik!

Sumber : Instagram @animezati

Anim mengakui sebelum mendapat tahu beliau mengandung, berat badan beliau semakin naik dan ramai yang menegur keadaan badannya yang semakin berisi. Namun, Anim sedikit keliru kerana beliau tidak mengalami sebarang alahan terutamanya pada waktu pagi.

” Ya, memang berisi ya. Dah 10 minggu baby duk diam dalam perut I. Tidak ada alahan pada waktu pagi, tidak ada apa-apa, awak memang bayi yang baik lah! Alhamdulillah. Ada yang kata belum lagi, kalau boleh tak nak lah.

“Kepada suami tercinta saya, terima kasih kerana menjaga saya, bakal anak kita dan layan emosi yang tidak stabil dan sebagainya.

Anim bakal buat perubahan dalam hidup?

Sumber : Instagram @animezati

Anim juga memberitahu beliau bakal membuat beberapa perubahan dalam hidup beliau demi kandungannya. Apakah perubahan itu, beliau akan berkongsi kepada semua followers beliau tentang perkara tersebut bila tiba masanya nanti dan berharap semua mendoakan beliau dan keluarga. 

Ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah rakan selebriti

Berita ini turut disambut dengan ucapan tahniah dari rakan artis seperti, Asraf Muslim, Mia Ahmad, Fizie, Dayah Bakar dan ramai lagi.

Apapun, xtra doakan semoga Anim dan Suami dikurniakan baby yang sihat dan comel!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Oct 2023
Hiburan Mon, 6 May 2019

打下辽阔江山帅气返场!鍾瑾桦发行中文单曲《被你宠爱》

打下辽阔江山帅气返场,Alvin鍾瑾桦发行久违中文新单曲《被你宠爱》高调直抒被黑心声。

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

容祖儿刘浩龙被爆「苦恋5年」无果分手

容祖儿纵横香港乐坛10多年,影视歌三栖,「粤语天后」当之无愧,不过在感情这部分则是相当低调,和圈内男友刘浩龙至今交往5年,却在外界认为两人交往稳定之际,近日被爆已经分手,对此双方均未正面回应。

Hiburan Sat, 26 Apr 2025

Akui Dah Tuntut Fasakh, Nur Nilam Dakwa Azlan Komeng Sulitkan Proses Cerai

Nur Nilam dakwa Azlan Komeng sulitkan proses cerai, enggan lepaskan isteri

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Tonton & Menang: Hantu Puasa Belanja Terbang Ke Seoul! Hanya Strim & Menang Pakej 6H4M Ke Korea!

Kempen Tonton & Menang: Hantu Puasa Belanja Terbang Ke Seoul hadir sebagai satu inisiatif yang menambah kemeriahan suasana Ramadan

Hiburan Fri, 11 Jul 2025
error: Content is protected !!