Hiburan By: Syafiqa Irdina March 6, 2020 @ 1:26pm

Selepas Setahun Tangguh, Kisah Cinta Akim Dan Stacy Diabadikan Menerusi Single Duet “Aku Kau Dan Muzik”

Walaupun berbeza aliran dan fahaman muzik, siapa sangka pasangan cantik Stacy dan Akim berjaya menempatkan diri bukan sahaja sebagai pasangan duet serasi sekali gus mencipta magis tersendiri!

Terbaharu, single duet mereka, Aku Kau Dan Muzik Lagu hasil ciptaan Hang Nadim, Bunga Cantik iaitu Akim dan Stacy dan Freddy telah dilancarkan pada 14 Februari lalu,

Walaupun baru sahaja dua minggu dimuatnaik di saluran YouTube Rhythm & Rhyme Entertainment, muzik video lirik rasmi lagu tersebut telah mencatatkan lebih 500,000 tontonan! 

Berkisar Kisah Cinta Mereka

Aku Kau dan Muzik menceritakan kisah kedua mereka yang berjuang dalam aliran sama dan kemudian mendirikan rumah tangga atas nama cinta.

Jelas Stacy, lagu itu dianggap cukup istimewa kerana dihasilkan dari dalam hati selain proses yang teliti.

“Lagu ini sudah lama disiapkan iaitu sejak Ogos tahun lalu. Tapi, disebabkan kami terbabit dalam program Mentor 2019, jadi projek ini tertangguh. Awal tahun ini baru kami ada kelapangan untuk memulakan proses rakaman.

“Lagu ini dihasilkan ikhlas dari dalam diri kami yang mana ekspresi kami sebagai suami isteri. Disebabkan itu, kami cukup teliti dari semua sudut termasuk rentak, melodi dan muzik,” katanya.

 

 

Malah Akim, 29, mengakui, dia dan Stacy tidak menjangka penghasilan lagu itu lebih mendalam sekali gus memberikan warna baru dalam muzik mereka.

 

 

“Apabila lagu ini siap sepenuhnya, saya menganggap ia magis. Memang tidak menjangka sama sekali hasilnya boleh pergi sedalam ini.

“Mungkin ini berkat kerjasama kami dan Freddy yang bersama-sama ‘monitor’ proses penghasilan lagu ini dari awal sampai habis. Apa yang diinginkan dalam lagu dapat dipersembahkan.

“Sejujurnya, gabungan saya dan Stacy dalam bidang bidang penulisan lagu ini adalah saling melengkapi. Saya akan bertanya dan meminta pandangan daripadanya. Apa yang dirasakan kurang dia akan tambah,” katanya.

 

Selesa Kerjasama Dengan Isteri

Disebabkan itu, Akim yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret mengakui semakin selesa bekerjasama dengan isterinya sebagai pasangan komposer.

“Sejujurnya, kami selesa bekerjasama. Apatah lagi, sekarang kami banyak luangkan masa bersama. Proses nak buat lagu bukan mudah. Perlukan masa untuk mendapatkan idea.

“Jadi, ada ketika kami akan bercuti dan berkaraoke bersama untuk mencari inspirasi. Apabila masing-masing dapat idea, kami akan gabungkan,” katanya.

 

 

Bakal Terbit Lagu Untuk Penyanyi Lain

Dalam pada itu, selain sibuk dengan projek lagu sendiri, Stacy dan Akim juga dalam proses menerbitkan lagu untuk beberapa penyanyi di bawah syarikat mereka.Antaranya, Rika Mentor 2019, Sharul Kamal, Seven Days dan Dr Hafiz Zainal.

Single Aku Kau Dan Muzik itu sudah boleh didengar dan dilanggan di semua platform digital muzik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 10 Jul 2019

陈昇831来马首开个人演唱!大赞「马爷爷」好酷

陈昇出道30年,8月31日来马首开个人演唱;适逢国庆日及首相敦马哈迪生日,陈昇大赞「马爷爷」好酷!

Hiburan Tue, 10 Oct 2023

Watak Dibawa Tak Selari Imej Islamik, Taiyuddin Bakar Tak Melenting

Abaikan saja mulut orang, tuhan lebih tahu. Asalkan tak terpesong akidah sudah.

Featured Mon, 22 May 2023
Hiburan Wed, 6 Mar 2019
Hiburan Sun, 15 Apr 2018

Ceraikan Ziana Tapi Bersyarat

Armin bersetuju melafazkan cerai terhadap Ziana sekiranya dia dibenarkan untuk berjumpa dengan anak-anak mereka.

Hiburan Mon, 6 May 2019

‘Tolong Doakan Yang Paling Baik’- Ika Nabella Umum Hamil Anak Pertama

Kata Ika, dia juga nak cuba berpuasa penuh tahun ini.

Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Events Mon, 4 Feb 2019

Kembar Neelofa Di Pentas AJL?

Penyanyi bersuara lantang, Siti Sarah Raisuddin nampaknya bukan sahaja mampu memukau penonton dengan persembahannya yang mantap malah, penampilan Siti Sarah juga dikatakan seperti Lofa. Betul ke? Bukan main lagi netizen ni kan? Laju je kan […]