Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul March 18, 2020 @ 3:03pm

COVID-19: Negeri Selangor Larang Adakan Kenduri Kahwin

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) telah mengeluarkan arahan untuk tidak mengadakan sebarang kenduri kahwin  atau majlis keramaian di negeri itu, selaras dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara berhubungan dengan penularan wabak Covid-19. 

Namun, pihak JAIS juga telah mengeluarkan beberapa panduan kepada mereka yang ingin meneruskan niat untuk mnegadakan kenduri pada ketika ini. Bagi mereka yang ingin menganjurkan majlis pernikahan di negeri Selangor, mereka perlu mematuhi tatacara perlaksanaan yang telah dikeluarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini sehingga 31 Mac 2020. 

Dilarang melakukan majlis pernikahan di masjid atau tempat awam

Majlis pernikahan perlulah dilakukan  di kediaman atau premis sendiri dan dilarang sama sekali untuk mengadakan majlis di tempat awam seperti, surau, masjid, dewan serbaguna dan sebagainya. 

Selain itu, majlis pernikahan hanya boleh dihadiri oleh seorang pendaftar atau penolong pendaftar perkahwinan, pengantin lelaki dan wanita, dua orang saksi serta dua orang wakil bagi pihak lelaki dan wanita. 

Majlis nikah 20 minit sahaja 

Pihak JAIS juga telah mengeluarkan arahan supaya memendekkan tempoh majlis pernikahan kepada 20 minit sahaja. Hal ini termasuklah dengan khutbah nikah. Selain itu, akad nikah juga perlu dijalankan tanpa perlu berjabat tangan antara pengantin lelaki dan wali atau Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan. 

Langkah-langkah keselamatan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia perlulah dipatuhi, termasuklah menyediakan cecair pencuci tangan, memakai topeng muka dan menjaga jarak keselamatan antara individu. 

Pada 16 Mac yang lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengeluarkan arahan supaya kerajaan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini( 18 Mac)  sehingga 31 Mac bagi membendung penularan wabak covid-19. 

Perintah kawalan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 termasuklah larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

 

 

 

 

Sumber: Berita Harian

Kredit foto: The National

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 14 Apr 2022
Featured Thu, 15 Jan 2026

“Bod*h Lah Macam Ni! Nak Buat Fitnah Pun Agak-Agak Lah”- Kamal Adli Berang, Nafi Gaduh Dengan Uqasha Isu Main Futsal

Kamal Adli berang sekali gus menafikan dakwaan kononnya dia bergaduh dengan bekas isterinya, Uqasha Senrose.

Hiburan Fri, 20 Feb 2026

Belikan Katil Hospital Untuk Keselesaan Mak Jenny, Nubhan Dipuji Sentiasa Muliakan Ibu – “Tak Mampu Balas Segalanya”

Nubhan menjelaskan katil tersebut bagi memudahkan pergerakan ibunya untuk bangun

Hiburan Tue, 29 Aug 2023
Events Mon, 30 Jun 2025

“Orang Tuduh Saya Penunggang Agama”- Busana Dikritik Seksi, Linda Rafar Alami Anxiety

Linda malu apabila ada yang bertindak menyeru nama ustaz Wadi Annuar.

Featured Tue, 29 Oct 2019
error: Content is protected !!