Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syafiqa Irdina April 3, 2020 @ 12:58pm

“We Want More!” – Bukan Sahaja Netizen, Aktor Bollywood Ini Pun Tak ‘Move On’ Tengok Video Kelakar Zulin Aziz

Memang pecah perut!

Sempena Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP yang berlanjutan hingga 14 April ini, nampaknya Zulin Aziz memanfaatkan masa terluangya dengan video parodi kelakar atau ‘drama’ yang dimuat naik di laman Instagram miliknya!

Kalau dahulu, dilihat Zulin sering memuat naik video lucu yang disunting bersama pelakon kacak Korea seperti Lee Minho, kini beliau kembali dengan video lawak yang disunting bersama aktor terkenal Bollywood pula.

Video-video yang dikongsi Zulin itu bukan sahaja mendapat perhatian netizen, malah baru-baru ini turut mencuri perhatian aktor Bollywood terkenal Arjun Rampal!

Minta Tolong Translate

Pada 2 April, aktor kacak Arjun Rampal membalas ciapan salah seorang netizen di laman Twitter supaya menterjemahkan sebuah video Zulin yang disunting bersamanya.

Menerima kira-kira 4000 tanda suka dan 3000 lebih ulang kicau, video yang berjaya mencuri perhatian Arjun itu menunjukkan Zulin yang menyifatkan Arjun sebagai suaminya dengan menggunakan percakapan dalam bahasa Melayu. Memang lawak habis!

Sementara itu, Zulin menerusi satu entri terbaharunya di Instagram meluahkan rasa teruja selepas video tersebut mendapat perhatian aktor pujaannya.

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi sampai ada yang tak boleh ‘move on’ dengan video-video tersebut!

Siapa-siapa yang bosan duduk rumah sempena RMO ni, bolehlah layan video parodi kelakar di laman Instagram dan Twitter milik Zulin Aziz okay!

Kredit: Instagram dan Twitter Zulin Aziz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Jun 2023
Hiburan Thu, 15 Aug 2024
Trending Tue, 26 Feb 2019

Misteri Istana Woodneuk terungkai, bernilai RM14 bilion, tetapi dibiarkan usang

TMJ miliki istana di Singapura yang dijadikan inspirasi untuk filem Crazy Rich Asians

Hiburan Thu, 14 Dec 2023

Pelakon Indonesia Keluar Masuk Lokap, Isteri Failkan Cerai Tertekan Suami Ketagih Syabu, Ganja

Alamak! Gara-gara najis dadah, habis berantakan rumah tangga.

Trending Thu, 12 Dec 2019

Ayah Sarung Kostum Arnab Duduk Tepi Jambatan Sambil..

Ramai yang pilu melihat akan situasi ini

Hiburan Wed, 19 Feb 2020
Featured Wed, 31 Jul 2024
Hiburan Mon, 14 Apr 2025

Nas-T Sandang Watak Antagonis, Bakal Berguru Dengan Rosyam Nor

Nas T berguru dengan Datuk Rosyam Nor bawa watak antagonis

error: Content is protected !!