Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 8, 2020 @ 2:05pm

“Ianya Simbol Kesucian Dan Ketulusan Hati Para Frontliner” Gaun PPE Jovian Mandagie Tampak Mewah

Nama Jovian Mandagie bukanlah asing dalam industri rekaan fesyen tanah air.

Justeru itu, pereka fesyen popular ini tidak ketinggalan untuk menyediakan baju Pelindung Diri Personal (PPE) untuk kegunaan frontliner kita.

Namun, apa yang menarik perhatian rekaan baju PPE yang dihasilkan oleh Jovian Mandagie ini ternyata mencuri perhatian apabila beliau menghasilkan baju PPE berwarna putih dan bukannya bewarna biru ataupun hijau.

“Kami mengambil keputusan untuk menghasilkan gaun PPE berwarna putih sebagai simbol ketulusan dan kesucian hati para petugas barisan hadapan kita

” Ketika kita semua duduk di rumah dengan selamat mereka di luar sana bertarung nyawa melawan pandemik COVID-19 di negara ini.

“Hanya inilah cara kami menghargai jasa pahlawan-pahlawan kita di luar sana yang sedang berkorban segalanya,”

Rekaan gaun PPE yang dihasilkan Jovian Mandagie turut mendapat maklum balas yang positif dikalangan netizen.

Al-maklumlah, gaun PPE ini bukan sahaja berwarna putih malah, ia turut dibalut dengan kemas dan tampak mewah seperti produk Jovian Mandagie yang lain.

Selain itu, Datuk Jovian Mandagie turut menyatakan rasa syukurnya apabila pasukan beliau diberikan tajaan makanan berupa pizza dari syarikat pizza ternama di Malaysia. Wow!

Apapun, tahniah dan terima kasih diucapkan buat Datuk Jovian Mandagie dan pasukannya dalam usaha menyiapkan gaun PPE untuk para frontliner kita.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 10 Jul 2025
Featured Fri, 17 May 2024
Hiburan Sun, 5 Apr 2026

Nabila Razali Terkejut Peminat Gelar ‘Artis Suara Chipmunk’ Ketika Mahu Bergambar – “Dah Berkurang Ke Orang Cakap Berlapik Ni?”

Nabila Razali terkejut bila ada peminat menggelarkannya ‘artis suara chipmunk’ ketika mahu bergambar.

Hiburan Thu, 3 Apr 2025

Fasha Sandha Terkilan, Pramugari Persoal Duduk Di Tempat Kelas Penerbangan Ekonomi

Fasha Sandha terkilan pramugari persoal duduk di kelas penerbangan ekonomi

Featured Sat, 10 Sep 2022

[VIDEO] “Apa Tahi Kau Letak Muka Aku Ni?” – Buat Rawatan Muka, Reaksi Spontan Mas Idayu Buat Netizen Berdekah!

Alahai… kelakar min tengok reaction Mas Idayu 😂 Nak cantik punya pasal pasrah je la, nanti kahwin confirm berseri-seri ❤️

Hiburan Mon, 11 May 2026

“Expect Saya Pakai Jubah Ke?” – Terkilan Niat Ikhlas Dipersoal, Nabila Huda Kecewa Bisnes Pasta Dikecam

Nabila turut menegaskan dirinya bukan seorang yang hipokrit semata-mata mahu meraih perhatian atau pujian orang ramai.

error: Content is protected !!