Euforia Bola 2026
Trending By: Syafiqa Irdina April 9, 2020 @ 12:59pm

“Macam Mimpi Tapi Itulah Kenyataan” – Tok Ti Sedih Hajat Berduet Dengan Glenn Fredly Tak Kesampaian

Berita mengejutkan diterima semalam apabila penyanyi terkenal Glenn Fredly dilaporkan meninggal dunia pada jam 6 petang akibat radang otak.

Pemergian pelantun lagu “Januari” yang popular pada era 2000-an itu semestinya meninggalkan kesan buat peminat-peminatnya di seluruh Indonesia dan juga Malaysia.

Menerusi laman media sosial Instagram, penyanyi nombor satu tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza baru-baru ini turut berduka cita dengan pemergian Glenn dan meluahkan pemergian penyanyi yang diminatinya itu terasa seperti mimpi.

Hajat Berduet Tak Kesampaian

Tok Ti turut meluahkan kesedihan apabila hajat untuk berkolaborasi dengan mendiang Glenn Fredly tidak kesampaian.

“Saya sempat bertemu beliau di Konsert Tour di Jakarta. Kita berbincang mahu berduet dan kolaborasi lagu. Seorang (Glenn) yang mempunyai peribadi yang baik dan rasa hormat yang tinggi,” tulis Tok Ti di Instagram.

Penyanyi berusia 44 tahun itu meninggalkan seorang isteri bernama Mutia Ayu dan seorang anak perempuan iaitu Gewa Atlana Syamayim Latuihamallo yang dilahirkan pada Februari lalu.

Salam takziah Xtra ucapkan buat keluarga mendiang. Semoga seisi keluarga terus tabah mengharungi segala cabaran dan dugaan.

Kredit: Instagram Siti Nurhaliza

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 1 Mar 2026

Luah Rasa Kecewa, PU Riz Tegas Selar Insiden Pijak Al-Quran… Seru Semua Pihak Hormati Sensitiviti Agama

PU Riz menegaskan perbuatan tersebut bukan sahaja mencetuskan kemarahan umat Islam, malah merupakan satu penghinaan besar terhadap agama.

Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Events Wed, 21 May 2025

Syafiq Yusof Label Ejen Ali The Movie 2 Animasi Terbaik, Siap Bagi Rating 1000/10!

EATM2 dipuji sebagai karya bertaraf antarabangsa🔥

Hiburan Fri, 11 Jul 2025
Trending Sun, 5 Jul 2020
Trending Tue, 26 Apr 2022

Skuter Elektrik Dilarang Di Atas Jalan Raya Berkuat Kuasa Serta-Merta

Kenderaan mikromobiliti dilarang digunakan di atas jalan raya.

Trending Tue, 13 Mar 2018

Anak Jutawan Turki Maut Dalam Nahas Udara

Ketika kejadian, pesawat persendirian itu dalam perjalanan menuju Istanbul dari Sharjah, selepas Mina dan tujuh lagi rakannya bercuti di Emiriah Arab Bersatu (UAE), bagi meraikan majlis perkahwinannya.

Featured Wed, 24 Apr 2024

Adira Suhaimi Sah Bercerai Dengan Talak Satu

Alhamdulillah, akhirnya urusan kedua belah pihak dipermudahkan💙

error: Content is protected !!