Euforia Bola 2026
Trending By: Syafiqa Irdina April 13, 2020 @ 4:58pm

“Tak Sanggup Dengar Luahan Hidup Mereka” – PU Amin Hulur Bantuan Buat Guru Agama & Keluarga Terjejas

Tak sanggup mendengar luahan hidup guru agama dan keluarga yang terjejas akibat Covid-19, Pencetus Ummah Amin (PU Amin) atau Mohamad Amirul Amin bin Maula Lokman Hakim tampil untuk membantu golongan tersebut.

PU Amin mendedahkan beliau terpanggil untuk berkongsi rezeki meringankan beban pendidik yang berdepan kesempitan hidup akibat tiada upah pekerjaan sempena tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Tak sanggup nak baca kisah mereka. Susah hidup sebagai guru agama. Ada nak makan tak cukup, pampers anak tak boleh beli, gaji, elaun tak ada. Mereka ikhlas buat kerja agama. Moga usaha ini dapat lah saya berkongsi berkat ilmu mereka semua,” tulisnya di Instagram.

“Saya Akan Beri Percuma”

Dalam pada itu, menyedari ramai yang memerlukan bantuan terutamanya di kawasan pinggir bandar, beliau dan juga rakan-rakannya berkata mereka masih mencari lagi lebih ramai guru yang memerlukan bantuan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata ramai memuji usaha murni yang dilakukan oleh pendakwah tersebut.

Bagi yang ingin menyumbangkan bantuan, korang boleh salurkan pada akaun bank Mahhab Al Amin Resources seperti yang tertera di posting di atas okay?

InshaaAllah, kita mudahkan urusan orang, Tuhan akan mudahkan urusan kita.

Kredit: Instagram PU Amin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Apr 2026

“Jangan Dia Minta Bau Simen Pula”- Harris Annuar & Isteri Bakal Timang Anak Kedua

Pelakon Harris Annuar berkongsi berita gembira apabila isterinya, Asha Merican kini sedang hamil anak kedua mereka.

Hiburan Wed, 23 Nov 2022

“Lupa Nak Turn!” – Gelagat Neelofa & Nurin Afiqah Ikut Trend TikTok Buat Netizen Terhibur

Pempengaruh Nurin Afiqah sedang mengikuti trip bersama dengan Neelofa untuk sebuah jenama yang diusahakan oleh selebriti itu. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Nurin di laman TikTok sehingga berjaya meraih perhatian. Menerusi […]

Featured Sat, 25 Oct 2025

“Baru Kahwin Semua Indah Tapi Pahit Manis Adalah Perjalanan Hidup” – Amira Othman Mohon Doa Yang Baik Buat Rumah Tangga

Penyanyi dan pelakon, Amira Othman mengaku berasa serba salah setiap kali diminta untuk berkongsi kehidupannya selepas bergelar isteri kepada aktor, Fattah Amin.

Hiburan Mon, 7 Jul 2025
Hiburan Wed, 9 Jul 2025
Hiburan Tue, 3 Dec 2024
error: Content is protected !!