Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul April 17, 2020 @ 1:00pm

Tak Takut Dikecam, Drama Band Cipta Lagu Baru Sindir “Kluster Kayangan”

Selepas popular menerusi lagu Drama, kumpulan yang sememangnya terkenal dengan lagu yang berunsur sindiran, Drama Band telah melancarkan single baharu yang bertajuk Kluster Kayangan.

Peka dengan isu semasa, lagu ciptaan bersama Aepul Roza dan Daus SRK  ini sememangnya dituju khas buat kluster kayangan yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Lagu ini dicipta untuk menyindir kluster kayangan’yang kini sedang menjadi bualan ramai selepas ada petugas kesihatan berkongsi tentang sikap segelintir golongan berada yang suka merungut dan meminta-minta.

Menurut Aepul Roza yang juga merupakan vokalis kumpulan Drama Band, sebenarnya mereka sudah bersedia untuk menerima kecaman daripada netizen kerana lagu ini dicipta hanya sekadar untuk meluahkan pendapat mereka.

Aepul juga tidak menyangka lagu ini diterima positif oleh pendengar sejak dimuatnaik di Youtube pada 14 April lepas. Lagu ini telah mencapai 84624 tontonan dengan 8.7k likes di Youtube.

Menerusi komen kebanyakan pelayar YouTube, mereka memuji ketulusan Aepul bersama Drama Band dalam berkarya menghasilkan lagu yang sarat dengan mesej buat tatapan umum.

Malah, ramai juga dalam kalangan warganet meminta Aepul dan Drama Band menghasilkan lagu khas untuk barisan hadapan sebagai pembakar semangat dan tanda ucapan terima kasih buat mereka yang sanggup berjuang untuk menghapuskan wabak yang sedang menular di negara ketika ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 3 May 2018

Maut Ketika Tonton Filem Avengers: Infinity War

Tambah pegawai polis Proddatur, India, mangsa yang dikenali sebagai Peddapasupula Baasha, 43, memutuskan untuk menonton filem garapan adik-beradik Russo itu sempena meraikan Hari Buruh pada 1 Mei lalu.

Trending Fri, 17 May 2019

Anak Najib Razak Bertunang Dengan Ahli Politik Indonesia

Pasangan ini merancang untuk berkahwin Disember nanti.

Featured Thu, 8 Sep 2022
Featured Thu, 23 Apr 2026

“Duit Tu Untuk Fakir Miskin Kau Sakau Apa Hal” – Aliff Syukri

Aliff Syukri menyatakan kemarahannya mengenai penyelewengan dana zakat berjumlah ratusan ribu ringgit babitkan NGO

Hiburan Sun, 21 May 2023
error: Content is protected !!