Euforia Bola 2026
Selebriti By: Aisyah Badrul April 22, 2020 @ 2:21pm

Ashraf Muslim Sayu Terpaksa Sambut Ramadan Dalam Wad

Selepas disahkan positif Covid-19 pada 12 April lalu, pelakon Ashraf Muslim mengakui dirinya berasa sayu apabila memikirkan nasibnya jika perlu menyambut Ramadan tahun ini di wad.

Namun Ashraf tetap berfikiran positif dan berdoa supaya Ramadan yang bakal disambut dua hari sahaja lagi diberikan keajaiban oleh Allah SWT. Menurutnya lagi, kemungkinan besar dia perlu menjalani ibadah puasa di wad Hospital Sungai Buloh tahun ini namun dia tidak berasa sunyi kerana masih ada pesakit lain yan berada di wad.

“Alhamdulillah, saya okay dan semakin baik. Cuma tempoh hari saja saya sakit tekak dan sedikit tidak selesa.

“Tekanan darah pun okay. Tapi macam biasa, setiap hari kena pantau. Pemeriksaan kesihatan pun macam biasa. Saya masih lagi menunggu hasil ujian swab kedua,” katanya.

Pelakon berusia 39 tahun ini juga turut mengajak semua untuk melakukan solat tahajud dan meminta ampun pada Allah SWT menerusi perkongsiannya di Instagram.

“Allahuakbar. Siang dan malam di wad ini asyik memikirkan bagaimana suasana Ramadan kali ini bersama-sama pesakit di sini.

“Kawan-kawan, malam ini jom ramai-ramai kita solat tahajud dan minta ampun pada Allah supaya Allah ampunkan kita semua dan berikan keajaiban pada kita di bulan Ramadan ini. Allah yang berikan kita Covid-19 maka dia juga akan menghapuskannya. Semestinya Allah rindukan doa kita. Sama-sama kita buat,” tulisnya.

Semoga lekas sembuh ya Ashraf. Sama-sama lah kita berdoa untuk Ashraf dan pesakit -pesakit wabak ini supaya dikurniakan kesembuhan. Dapatlah mereka menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama keluarga tahun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 28 Apr 2025
Hiburan Thu, 22 Mar 2018

Siti Muat Naik Suara Tangisan “Puteri Rasullullah!”

Wah! Nampak gayanya Fatimah-Az-Zahra dah ada nama tanda pagar #BabyCTDK.

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Tragedi Ice Skating, Isteri Lan Solo Terkejut Dapat Banyak Perkongsian!

Nur Sheila Hassim membuka masyarakat mengenai beberapa aspek yang tidak seharusnya dipandang remeh ketika bermain sukan luncur ais.

Featured Thu, 23 Jan 2025

Pilih Akim & The Majistret Menang Vokal Terbaik Di AJL39, Netizen Tak Percaya Kredibiliti Hael Hussaini, Amir Masdi?

Pilihan Vokal Terbaik ini sekaligus menjadi tanda tanya adakah cita rasa peminat dalam memilih penyanyi dan kualiti vokal sudah semakin berubah???

Featured Fri, 20 Jun 2025
Featured Mon, 13 Jan 2025

Tulang Selangka Retak, Syamel Diarah Rehat 2 Minggu

Syamel bagaimanapun bersyukur tiada kecederaan serius dialami.

error: Content is protected !!