Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syafiqa Irdina April 23, 2020 @ 2:22pm

“Lebih Afdal Letak Phone Luar Pagar!” – Elizad Sharifuddin Kongsi ‘Trick’ Khatam Al-Quran Dalam Sebulan

Pelakon tinggi lampai dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin baru-baru ini mendedahkan beliau dan suaminya telah berjaya menghabiskan khatam Al-Quran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini!

Oleh itu, beliau telah berkongsi rahsia atau ‘trick’ mudah khatam Al-Quran dalam masa sebulan di bulan Ramadan.

4 Halaman Bagi Setiap Solat Fardhu

Kongsi Elizad di laman Instagram Stories, untuk satu kali khatam, baca 4 halaman selepas setiap kali mengerjakan solat fardhu.

Tambahnya, beliau juga menjauhkan telefon bimbitnya supaya fokusnya tidak terganggu!

“Macam mana boleh khatam sebulan? Kebiasaannya, family kami ikut trick ini. Cuma, untuk isteri dan wanita-wanita kena lebihkan sikit halaman sebab kita kan ada ‘ bulan mengambang’ 7 hingga 8 hari, jadi kena extra sikit.

Tips dia jangan letak telefon dekat sebelah time mengaji dan selesai solat sebab korang confirm kejap-kejap nak check telefon. Sila LETAK KAT LUAR. Lebih afdhol letak luar pagar,” tulisnya.

Menarik juga perkongsian yang diberikan Elizad ini. Jom sama-sama kita raikan bulan barakah dengan meningkatkan amalan ibadat.

Selamat beramal!

Kredit: Instagram Elizad Sharifuddin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Mar 2026

“Jangan Pergi Mana-Mana, Pergi Hati Saya Je” – Muat Naik Video Bersama, Que Haidar & Fazura Bikin Hati Peminat Cair

Pelakon Que Haidar sekali lagi mencuri tumpuan peminat apabila memuat naik sebuah video pendek menunjukkan kemesraannya bersama aktres, Fazura baru-baru ini.

Hiburan Fri, 19 Dec 2025

Lepas Rindu Terhadap Peminat, Kai Deva Tetap Turun Busking Sekali-Sekala

Kai Deva tidak pernah melupakan permulaannya sebagai pemuzik jalanan meskipun kini semakin dikenali.

Featured Wed, 22 Jan 2025

Farid Kamil Enggan Cerai Diana Danielle, Lantik Peguam Sebagai JKP Sebutan Kes Cerai

Farid telah melantik peguamnya iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan sebagai wakil JKP.

Featured Thu, 15 Sep 2022
Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Ibu Mawi Meninggal Dunia

Berita sedih ini dikongsi kepada pengikut mereka menerusi laman Instagram radio Zayan.

Trending Wed, 18 Jul 2018

Catwalk Sambil Menyusukan Bayi. Hebat Mara Martin!

Mara Martin menyusu dan mengendong anaknya, Aria ketika pertunjukan baju renang tahunan, Sports Illustrated.

error: Content is protected !!