Euforia Bola 2026
Trending Hari Ini By: Syafiqa Irdina April 24, 2020 @ 11:59am

YDPA Agong Titah Umat Islam Banyakkan Ibadat, Ambil Peluang Keberkatan Ramadan

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di Malaysia semalam.

Menerusi laporan Harian Metro malam tadi, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda telah bertitah supaya umat Islam di negara ini mengambil peluang keberkatan bulan Ramadan untuk meneguhkan ketakwaan dalam diri serta memperbanyak ibadah dan amalan.

“Umat Islam di negara ini diseru mengimarahkan seluruh bulan yang mulia ini dengan pelbagai bentuk pengisian bermakna dan amal soleh yang digandakan berbanding bulan yang lain.

Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan supaya umat Islam memperkukuhkan ukhwah sesama insan dan bersatu hati serta mengambil berat terhadap masyarakat sekeliling.

Semoga kehadiran bulan mulia ini disambut dengan rasa insaf dan bersyukur atas ujian serta rahmat dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita,” titahnya menerusi satu kenyataan Istana Negara semalam.

Kredit: Istana Negara

Ahmad Fadil turut berkata, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga, baginda berdua dan Istana Negara dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia supaya tidak menghadiri atau menganjurkan sebarang bentuk majlis berbuka puasa sepanjang Ramadan demi kesejahteraan rakyat.

InshaaAllah, di hari pertama bulan Ramadan ini, sama-sama kita berdoa semoga Malaysia terus dilindungi serta wabak tersebut dibendung segera.

Kredit: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 25 Aug 2022

Hijrah Lisa Surihani Dipuji Ramai, Yusry Tidak Mahu Ambil Kredit – “Itu Apa Yang Dia Mahu, Bukan Saya Paksa”

Suka sangat dengan Lisa, Walau tanpa secalit make up tetap cantik dan berseri-seri 💖💖💖

Hiburan Tue, 4 Dec 2018

Beraninya! Duyung ‘Pondan’ Viral, Siapa Dia?

Respect lah keluarga Maembong ni, semuanya berjaya dalam cara tersendiri!

Kisah Viral Tue, 28 Feb 2023
Featured Fri, 12 Jul 2024
Hiburan Thu, 18 Aug 2022

Tajul Sedih Lagu Mengusung Rindu Kalah Dengan Lagu Aliff Syukri

Jangan risau Tajul, lagu Mengusung Rindu tetap dihati kami semua.

Featured Wed, 14 Jul 2021

Bimbang Kes Semakin Tinggi, Netizen Beri Sokongan & Simpati Buat Dr Noor Hisham

Semalam, kes COVID-19 di Malaysia mencatatkan 11,079 kes manakala hari ini pula, ia mencatatkan 11,618 kes baru. Bilangan kes baru yang semakin membimbangkan ini terus mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai di media sosial. Semalam, Ketua […]

Kes Mahkamah Thu, 13 Jun 2024
error: Content is protected !!