Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul May 1, 2020 @ 4:34pm

Jangan Gembira Dulu, Ini Senarai Aktiviti Yang Masih Dilarang Ketika Ini

Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja menyampaikan Perutusan Khas sempena Hari Pekerja. Beliau menjelaskan kerajaan akan mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan bermula 4 Mei ini.

Tetapi korang semua jangan gembira dulu. Walaupun kerajaan telah melonggarkan PKP, ini tidak bermakna korang boleh bebas keluar dan melakukan apa-apa aktiviti.

Terdapat sebahagian aktiviti yang masih belum boleh dilakukan atas faktor-faktor dan justifikasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ini senarai aktiviti yang belum boleh dilakukan pada ketika ini. Namun, senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan pembukaan sektor ekonomi akan dibuat secara berfasa, bergantung kepada keadaan kesihatan semasa dan ekonomi negara.

Hiburan dan Riadah

Panggung Wayang

Pusat Karoake

Taman Tema

Muzium

Busking

Perayaan, Perarakan dan Perhimpunan

Perarakan Keagamaan

Aktiviti agama berjemaah di Masjid / Rumah Ibadat

Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Pasukan Keselamatan (Perarakan)

Sambutan Hari Raya kecuali dengan ahli keluarga terdekat (*Perjalanan pulang hari raya akan di umumkan kelak)

Persidangangan dan Pameran

Pameran Kerjaya

Pameran Perkahwinan

Promosi dan Pakej Pelancongan

Karnival Jualan

Semua Jenis Persidangan yang melibatkan kumpulan yang ramai

Pendidikan

Sukan semasa sesi persekolahan

Aktiviti kokurikulum bersemuka

Sebarang bentuk perhimpunan sekolah

Sebarang bentuk majlis atau program yang mengumpulkan lebih daripada 10 orang

Sukan

Pertandingan sukan yang melibatkan perhimpunan penyokong / penonton yang ramai (stadium)

Segala aktiviti sukan dalaman (indoor sports including gymnasiums)

Kolam renang

Sukan bersentuhan (Contact Sports) contoh ragbi, gusti, boxing, bola sepak, bola keranjang

Aktiviti Sosial

Kenduri – kendara

Majlis perkahwinan dan sambutan ulang tahun atau sebagainya

Pengangkutan

Kapal Persiaran

Perniagaan Berpremis / Penjajaan Tanpa Premis / Pasar Berbangunan / Pasar Tanpa Premis / Peruncitan / Serbaneka Makanan & Minuman

Bilangan pelanggan yang terlalu ramai pada satu-satu masa (tertakluk kepada pengiraan radius jarak minimum 1m)

Bazar Ramadan

Bazar Hari Raya

Kemudahan Penginapan Berpusat Pekerja (CLQ)/ hostel/ asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor)

Terima pelawat

Bersosial dan bersukan secara berkumpulan

Solat berjemaah/Aktiviti aktiviti ibadah lain

Pemasangan dan Penyenggaraan Jentera (lif, eskalator, dandang dan lain-lain) bagi sektor perkhidmatan/ tower crane di tapak bina

Menjalankan kerja secara berkumpulan lebih dari 10 orang

Kedai Pakaian Dan Aksesori Fesyen

Aktiviti fitting pakaian

Dobi ( khusus dobi layan diri)

Aktiviti melipat pakaian

Ceramah/Seminar/Kursus/Latihan secara bersemuka

Aktiviti Pensijilan bagi Agrikomoditi

Kedai Gunting Rambut dan Salun Kecantikan

Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan

Urus niaga mendapatkan jualan (sales and marketing activities) di luar premis institusi kewangan, atau kawasan awam, tidak dibenarkan buat masa ini sehingga di umumkan kelak

Pengurusan Perhutanan

Ekopelancongan Hutan

Latihan Perhutanan

Perlombongan dan Pengkuarian

Permohonan baharu bagi Peperiksaan Teori & Amali Pembedil (Peletupan)

Perladangan dan Pertanian

Hari Bertemu Pelanggan

Hari Jualan Barang Bekalan Ladang (BBL)

Pesta makan buah-buahan

Kursus/ Seminar

Konvokesyen Institut Pertanian

Lelongan jualan produk ternakan seperti ayam, telur, daging dan sebagainya

Perikanan

Aktiviti perikanan rekreasi

Pusat Taman Laut, pameran dan aquarium

Seni Kreatif

Penggambaran filem

Acara/konsert/program yang melibatkan orang awam di studio atau tempat awam

Kebudayaan dan Kesenian

Pameran yang melibatkan interaksi antara pekarya dan pelawat

Pelancongan dan Perhotelan

Penggunaan Fasiliti Hotel Seperti Surau, Gimnasium, Spa, Sauna, Lounge, Kolam Renang, Bilik Mesyuarat, Dewan Seminar, Bilik Latihan, Restoran dan Café (bagi tujuan buffet)

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 15 Nov 2018
Hiburan Mon, 6 May 2024

“Tiada Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz” – Ruhainies Harap Semua Pihak ‘Move On’

Ruhainies harap semua pihak dapat move on. Tak mahu panjangkan isu.

Featured Fri, 3 Sep 2021

Dipanggil Menghadap TMJ 3 Kali, Rupanya Penyanyi Lagu Parodi Ini Diminta Untuk…

Baru-baru ini tular kisah mengenai penyanyi parodi lagu My Sejahtera Way, Azman Naim yang telah dititahkan ntuk menghadap Sultan Johor. Memetik laporan Harian Metro, rupa-rupanya sudah tiga kali Azman dipanggil pihak istana untuk menghadap TMJ. […]

Featured Wed, 21 Apr 2021

Aiman Tino & Sufian Suhaimi Teruk Dipukul?

Nampaknya lakonan penyanyi Aiman Tino & Sufian Suhaimi drama Kampung Kolestrol semakin mendapat perhatian daripada para penonton. Terbaru, penyanyi dan pelakon, Ziana Zain sempat memuatnaik video penggambaran babak Drama Kampung Kolestrol namun apa yang mencuri […]

Featured Fri, 26 Jul 2024

Mawar Rashid Pernah Terfikir Untuk Berehat Dari Industri Seni

Semoga Mawar terus kuat menempuh dugaan okay

Hiburan Fri, 28 Feb 2025
Hiburan Tue, 18 Apr 2023
error: Content is protected !!