Euforia Bola 2026
Trending Hari Ini By: Syafiqa Irdina May 8, 2020 @ 7:23am

Takziah, Ustaz Ismail Kamus Telah Kembali Ke Rahmatullah Pada 15 Ramadan

Perginya seorang lagi murabbi.

Pendakwah tanah air dan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Datuk Ismail Kamus, 72 dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengah malam tadi di kediaman beliau di Ampang.

Berita pemergian tokoh ternama tanah air itu dikongsi menerusi Facebook rasmi Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia.

Sumber: Facebook Pusat Rawatan islam Darussalam Malaysia

Sebelum ini Allahyarham telah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung dan strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru.

Tuan guru Ismail Kamus dilahirkan pada 2 Disember 1948 di Kampung Batang Rening, Ulu Selangor.

Selain menjadi pengasas di Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Allahyarham juga adalah seorang perunding motivasi dan pendakwah bebas terkenal dengan memberi ceramah agama di seluruh dunia termasuklah Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan negara Asia Barat.

Salam takziah Xtra ucapkan buat keluarga Ustaz Ismail Kamus. Sama-sama kita doakan agar arwah ditempakan bersama para solehin. Al-fatihah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 9 Aug 2022
Contest Wed, 15 Jan 2020

#XtraGiveaway: WIN 40 Free Tickets To Watch This Special Show Performances At Sunway Lagoon

Enter now and celebrate your CNY with the most amazing performances at Sunway Lagoon!

Featured Mon, 5 May 2025

Afifah Nasir Umum Hamil Anak Pertama

Afifah berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Featured Tue, 28 Jun 2022
Featured Thu, 9 Jun 2022
Trending Mon, 15 Jun 2020
error: Content is protected !!