Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin March 9, 2018 @ 7:50am

Farid Kamil Didakwa! Tetap Pertahan Kenyataan

Pelakon dan juga pengarah Datuk Farid Kamil harini sekali lagi menjalani perbicaraan berkenaan dengan laporan yang telah dibuatnya berkenaan isu dadah beliau. Namun, pelakon ini sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret hari ini, pada Jumaat atas tuduhan membuat laporan palsu.

Mengikut pertuduhan tersebut, beliau telah didakwa kerana memberikan keterangan palsu berhubung sebuah laporan polis dengan memasukkan maklumat palsu dan tidak benar berhubung laporan itu kerana, ia boleh digunakan dalam prosiding jenayah dan diambil pertimbangan oleh pihak polis yang menerima laporan tersebut.

Walaubagaimana pun, Farid Kamil atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 37 mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Salamiah Salleh.

Kesalahan itu didakwa telah dibuat pada jam 5.54 petang pada 31 Januari lalu di Balai Polis Taman Tun Ismail, Kuala Lumpur Dakwaan berkenaan kes tersebut juga telah dikemukakan mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut 193 Kanun Keseksaan yang sama sehingga boleh menyebabkan hukuman penjara selama tiga tahun dan denda jika disabitkan kesalahan. 

Farid ditemani oleh adiknya, Fadzil Zahari dan peguam, Faizul Mohd Nasir dilihat begitu tenang ketika sebutan kes dibacakan.

Mahkamah juga membenarkan ikat jamin sebanyak RM2500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mei depan untuk serahan dokumen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Kumpulan Estranged Kini Jual CD?

Wow! Dah lama tak dengar khabar dari Kumpulan Estranged kan?

Hiburan Wed, 13 Dec 2023

Status Kewarganegaraan Isteri Belum Sah, Syaiful Zero Belum Ada Rezeki Menetap Di Kuala Lumpur

Selesaikan apa yang patut dahulu… nanti dah siap semua, barulah pindah ke ibu kota.

Hiburan Thu, 24 Oct 2019

古仔出「马」 谁与争锋?电影《犯罪现场》膺大马华语片冠军

由古天乐主演的《犯罪现场》上周在大马开出亮眼成绩,成功挤下一众强劲对手,荣登全马上周开画华语片冠军,排名领先所有亚洲电影!

Hiburan Wed, 23 Jul 2025
Featured Wed, 25 Jan 2023

Sopan Berbaju Kurung, Amyza Aznan Main Sepak Takraw – “Kang Koyak Pula Kain Tu”

Pelakon Amyza Aznan sekali lagi meraih tumpuan warganet kerana bermain sepak takraw sambil memakai baju kurung. @amyzaaznankaaia i mmg lembut tapi LASAK!🤣kak kaaia mmg peminat takraw! meorrrrr ko nengok ni!🤣 @meorzulfikar_ #kaaia #amyzaaznankaaia #andremikhailkaaia #adrianadamkaaia […]

Featured Fri, 14 Oct 2022
Hiburan Tue, 18 Apr 2023
error: Content is protected !!