Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 23, 2025 @ 6:35pm

Bonda Rozita Beli Anjing K9 Demi Keselamatan Ladang – “Bukan Untuk Digomol, Tapi Jadi Penjaga”

Usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim mendedahkan dirinya telah membeli dua ekor anjing baka K9 jenis German Shepherd khusus bagi tujuan keselamatan ladang miliknya yang terletak di kawasan puncak hutan.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Bonda menyifatkan dua ekor anjing tersebut adalah ‘pengawal’ terbaik yang pernah dimilikinya.

“Saya sebenarnya takut dan tak berani nak pegang. Tapi mereka masih kecil lagi, baru lapan minggu. Kami beli dua ekor K9. Anjing jenis ini memang dikenali seluruh dunia kerana kecerdikan dan sifat setianya,” tulisnya.

Bonda turut menjelaskan, kedua-dua anjing itu bukan sahaja memiliki sijil keturunan, malah dilengkapi microchip dalam badan bagi mengelakkan risiko dicuri.

“Mereka bukan sekadar anjing biasa, tapi simbol keberanian. Saiznya besar seperti serigala, namun sangat penyayang dan setia. K9 juga adalah jenis anjing yang digunakan dalam unit polis dan FRU untuk siasatan dadah, pembunuhan dan memburu suspek,” katanya.

Dinamakan Inddy dan Izzy, kedua-dua anjing itu kini masing-masing seberat 14 kilogram dan menjalani proses latihan di bawah pengawasan orang Asli.

Bonda menegaskan, niat memelihara anjing bukanlah untuk dibelai atau dijadikan haiwan peliharaan biasa, sebaliknya demi menjaga keselamatan kawasan ladang yang luas.

“Bonda minta orang Asli untuk bantu jagakan dan akan ada jurulatih yang latih mereka nanti. Ini bukan untuk gomol macam orang putih. Anjing ini akan dilatih untuk jaga keselamatan di ladang,” katanya.

Tambah Bonda lagi, suaminya turut mengikut prosedur bersuci selepas menguruskan haiwan tersebut.

“Suami saya akan uruskan anjing ini dua jam setiap hari, dan selepas itu dia akan mandi air tanah (sertu) mengikut cara yang betul,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Sep 2018
Trending Wed, 6 Oct 2021

“Kalaulah Benarlah Desas-Desus Itu…” – Neelofa Jawab Spekulasi Kehamilan

Pengacara dan usahawan sensasi, Neelofa, 32, masih berteka-teki mengenai status kehamilannya. Biarpun dikatakan sedang sarat hamil, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor tidak mengesahkan atau mengiyakan perkara terbabit. “Soalan tentang perkara terbabit adalah […]

Events Fri, 7 Apr 2023

7-Eleven Teruskan Inisiatif Semurni Kasih Sempena Ramadan, Lantik Aqil & Akiddos Sebagai Duta

7-Eleven teruskan usaha murni menerusi kempen Semurni Kasih 2023

Trending Tue, 19 Feb 2019

「无痛存钱法」容易把钱花掉!掌握「存钱效率」才是关键

放假就会想花钱,因此许多人都打算制定新年存钱计画,想把钱留下来,其实累积财富的效率来自「持之以恒」,如果用「存钱效率」将更能把钱留下来。

Hiburan Sun, 7 Oct 2018
Cahaya Mata Mon, 29 May 2023
Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Fara Hezel Dan Erry Putra Bercinta!

Walaupun hubungan cinta mereka kelihatan happy dan bahagia, Fara menjelaskan hubungan mereka masih lagi baru dan masih belum ke peringkat yang lebih serius

Trending Sat, 31 Oct 2020
error: Content is protected !!