Euforia Bola 2026
Trending Hari Ini By: Syafiqa Irdina May 15, 2020 @ 11:31am

“Anda Semua Adalah Wira Yang Tidak Didendang” – PM Hargai Belia Yang Turun Padang Ketika Covid-19

Tanggal 15 Mei 2020, jatuhnya Hari Belia Negara di Malaysia dengan bertemakan “Dekad Ini, Dekad Anda” yang mengiktiraf golongan belia sebagai penyumbang utama kepada hala tuju pembangunan negara.

Walaupun sambutan Hari Belia Negara tahun ini ditangguhkan ke satu tarikh lain, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lupa untuk menzahirkan penghargaan kepada golongan belia pelbagai kaum yang sanggup turun padang membantu masyarakat sepanjang Covid-19.

Menurutnya, ramai belia terlibat sebagai petugas barisan hadapan yang menyumbang idea-idea kreatif dan berinovasi dalam membantu mempermudahkan lagi urusan sesama rakyat.

“Anda Semua Adalah Wira Yang Tidak Didendang”

Perdana Menteri turut menyeru semua warga belia supaya sentiasa bersikap daya saing dan menjadi aset negara.

“Anda semua adalah wira yang tidak didendang. Saya harap warga belia terus menyerlah dengan mempunyai sikap berdaya saing dan menjadi aset kepada negara,” katanya dalam perutusan sempena Sambutan Hari Belia Negara 2020 hari ini.

Katanya, belia pada hari ini juga perlu menerima, menghayati dan mengambil bahagian dalam normal baharu yang sedang berlaku susulan penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia.

Untuk lihat ucapan penuh Perdana Menteri, baca di Laman Rasmi Perdana Menteri Malaysia ini.

Selamat Hari Belia semua!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 Aug 2022
Featured Tue, 6 Jul 2021

BNM Jelaskan Tiada Caj Faedah Atau Keuntungan Terkompaun Dalam Tempoh Moratorium

Umum maklum, BNM hari ini memaklumkan bahawa peminjam boleh memohon moratorium selama enam bulan mulai esok. Justeru itu, Bank Negara (BNM) turut mengingatkan semua peminjam individu, perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk […]

Hiburan Wed, 10 Aug 2022

Mengusung Rindu Versi Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan & Zack Zackwan Daki Puncak Carta Trending YouTube… Netizen Meremang Dengar Susunan Orkestra!

Mengusung Rindu versi orkestra mengembalikan memori lama nyanyian penyanyi-penyanyi muda yang hebat.

Featured Fri, 29 Aug 2025
Featured Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Wed, 10 Oct 2018

Afgan Pasti Buat Peminatnya Patah Hati

Sabarlah Wahai peminat Afgan…

Hiburan Thu, 1 Nov 2018

Kris Wu: Glad to Have Left EXO but No Regrets Joining

He’s still thankful for having been part of EXO though.

Selebriti Wed, 22 Apr 2020
Hiburan Wed, 27 Dec 2017

CANTIKNYA ANAK GADIS AZMIL MUSTAPHA

Sebagai seorang ayah dia tidak menghalang minat anak-anaknya jika kecenderungan mereka lebih ke arah bidang seni

error: Content is protected !!