Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 29, 2025 @ 12:12pm

“Janganlah Bandingkan, Dia Baik Sangat & Humble” – Atikah Suhaime ‘Backup’ Intan Najuwa

Pelakon Datin Atikah Suhaime menegaskan dirinya enggan dibandingkan dengan rakannya yang juga pelakon, Datin Intan Najuwa.

Ia susulan video yang dimuat naik Atikah baru-baru ini tentang persoalan yang dibangkitkan mengenai gelaran datin.

Menerusi komen balas yang ditinggalkan peminat di platform TikToknya, individu berkenaan berkata, dia menganggap Atikah sebagai idolanya kerana sikap merendah diri yang ditunjukkan aktres itu meskipun sudah bergelar datin.

Tidak habis disitu,  individu berkenaan yang dikenali sebagai @samyang mengingatkan, agar Atikah tidak perlu menjadi seperti Intan Najuwa yang dilihat sentiasa berkongsi kehidupan mewahnya di media sosial.

@atikahsuhaimeeee Replying to @ianhariess_official hanya sprang budak SG Tampines, tiber jadi Datin kat Malaysia. #fyp #malaysiatiktok #singaporetiktok ♬ Linger (Acoustic Version) – The Cranberries

 

Meskipun menerima pujian dalam kalangan warganet, Atikah bagaimanapun menjelaskan, tindakannya yang disifatkan sebagai ‘humble’ itu bukanlah kerana mahu menunjuk-nunjuk sebaliknya mahu membantu orang disekelilingnya.

Justeru, tidak mahu warganet terus menerus memberikan komen ‘kasar’ terhadap Intan, Atikah tampil mempertahankan rakannya itu apabila mendedahkan sikap sebenar ibu anak satu itu.

“Janganlah bandingkan. Intan baik hati dan humble sangat kalau awak betul-betul kenal dia.

“Selalu belanja dekat set shooting kalau shooting dengan dia.

“Bezanya Intan memang kaya even sebelum jumpa husband dia. Saya pula baru tiba-tiba nak merasa kaya sejak kahwin dengan suami.

“Cara kita agak berbeza dari segi bahagiakan diri sendiri. Tak perlu bandingkan,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 Jan 2024

Walau Tak Jadi Kahwin, Syafiq Kyle & Mimi Lana Kekal Profesional Jadi Kawan Baik

Bestfriend sampai bila bila! Apapun, kita doa yang baik baik ok

Selebriti Thu, 11 May 2023
Trending Wed, 1 Jun 2022
Trending Fri, 7 May 2021

Wajib Tonton… Jom Tengok 5 Iklan Raya Best Tahun Ini!

Setiap tahun, syarikat korporat di Malaysia pasti akan tampil dengan video kreatif sempena Aidilfitri. Bukan sekadar hiburan, kemunculan iklan raya turut dinanti seluruh rakyat Malaysia kerana mesej yang ingin disampaikan melalui setiap video diterbitkan. Meskipun […]

Trending Mon, 16 Mar 2020

COVID-19- Boleh Berjangkit Melalui Hubungan Intim?

  “Selamatkah  jika kita melakukan hubungan kelamin semasa wabak covid-19 sedang menular pada waktu ini?,” BERITA tentang penularan wabak corona atau COVID-19 semakin membimbangkan masyarakat dunia pada waktu ini. Sehingga hari ini, statistik individu yang […]

Trending Tue, 10 Mar 2020

“Babak Pertama, Episod Baharu” – Cipta Sejarah Dilantik Menteri, Mantan Mufti Wilayah Persekutuan Titip Ucapan

Alhamdulillah. semoga diberi kekuatan dan upaya untuk memimpin dan laksanakan amanat yang diberi

Hiburan Sat, 21 Dec 2019
Trending Fri, 7 Aug 2020
error: Content is protected !!