Trending By: Syafiqa Irdina May 21, 2020 @ 11:52am

Dilantik Sebagai Senator, Bekas Personaliti TV3 Ras Adiba Mahu Perjuang Hak Golongan OKU

Bekas personaliti TV3, Ras Adiba Radzi telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Senator di bangunan Parlimen, Dewan Negara semalam.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai pengacara televisyen di TV3 dan NTV7 itu, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran.

Wakil Golongan OKU

Presiden Orang Kurang Upaya (OKU) Sentral itu, akan memegang jawatan bagi tempoh yang sama berkuat kuasa hari ini sebagai mewakili golongan OKU.

Menerusi laporan Berita Harian, Ras Adiba menyifatkan pelantikan itu satu penghormatan kepada industri media negara setelah berpengalaman dalam bidang kewartawanan dan penyiaran selama lebih 34 tahun.

“Saya tidak sabar-sabar untuk turun padang dan berjuang bagi membantu pelaksanaan Akta OKU dan membantu isu-isu inklusiviti dan hak kepada OKU,” katanya.

Sebagai bekas warga media, beliau juga mahu melihat lebih ramai OKU terlibat dalam bidang penyiaran dan kewartawanan.

Tahniah diucapkan buat Senator Ras Adiba.

Sumber: Youtube Buletin TV3

Kredit: Berita Harian, Instagram Ras Adiba

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Apr 2023
Trending Sat, 5 Feb 2022

Naim Daniel Teruja Jalin Kerjasama Dengan Joe Flizzow

Pelakon, penyanyi dan komposer, Naim Daniel kini tampil dengan karya terbaru kolaborasi bersama rapper terkemuka, Joe Flizzow berjudul Habis Sini. Hasil kerjasama World Peace Entertainment Sdn. Bhd. dengan Def Jam Recordings Malaysia itu menandakan kerjasama […]

Featured Wed, 14 Sep 2022

“Saya Hampir Tolak, Tapi..” – Afieq Shazwan Gementar Jadi ‘Anak Ikan’ Kepada…

Wow! Anak ikan? Luar biasa ek Afieq Shazwan 🥵 Agaknya siapa Sugar Mommy Afieq? 🤭

Trending Thu, 18 Mar 2021

Berhentikan Sekolah Antarabangsa, Anak-Anak Fazley Selesa Belajar Dari Rumah

Cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob, 43, mengakui dia menghentikan persekolahan tiga anak lelakinya di sebuah sekolah antarabangsa semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan awal tahun ini. Kini, Ahmad Fariedz Shah, 13; Ahmad […]

Featured Thu, 16 Apr 2020
Trending Wed, 21 Jul 2021

Suntikan ‘Picagari Kosong’, Ini Penjelasan KKM

Lepasni, before suntik korang check dulu okay