Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin May 23, 2020 @ 11:11am

PM Negatif Covid-19, Kini Jalani Kuarantin 14 Hari Di Rumah

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah sejak semalam selepas salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca kabinet di pejabatnya telah disahkan positif Covid-19.

“Perdana Menteri, telah mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada hari Rabu, 20 Mei 2020. Seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat tersebut telah disahkan positif COVID-19.

“Namun, Perdana Menteri telah menjalani ujian saringan dan disahkan negatif”

Bagaimanapun, Mengikut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342) Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

Justeru itu, Perdana Menteri akan bertugas dari rumah sepanjang tempoh kuarantin tersebut.

Jadi, buat rakyat Malaysia yang sentiasa berdiri bersama Perdana Menteri sepanjang tempoh ini, kita semua berharap agar PM tabah dalam menjalani kuarantin dan sama-sama patuhi SOP terutamanya sepanjang sambutan Aidilfitri ini okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 29 May 2025

Konsert JessC Pukau 5,000 Penonton, Penampilan Fauziah Latiff Ubati Rindu Peminat

Penampilan Fauziah Latiff di Konsert JessC My Style World Tour 2025 mengubati kerinduan peminat.

Trending Thu, 1 Jul 2021

Sebanyak 1,738 Kes Bunuh Diri Dicatatkan Di Malaysia

Ingatlah orang yang tersayang♡✌

Program TV Sun, 29 Jun 2025

Karya Penuh Emosi Firdaus Rahmat, ‘Arus & Arah’ Diangkat Lagu OST Anak-Anak Mafia

Lagu ini hasil kolaborasi mantap Firdaus bersama komposer prolifik John Jeeves dan Iqie Hugh

Featured Thu, 23 Jun 2022
Trending Fri, 10 Apr 2020
error: Content is protected !!