Euforia Bola 2026
Trending Hari Ini By: Syafiqa Irdina May 25, 2020 @ 2:47pm

Berbeza Tapi Bermakna, Ibu Bukan Islam Sanggup Masakkan Juadah Raya Buat Anak Raikan Syawal

Pengorbanan yang tiada nilai tandingnya.

Meskipun berlainan agama, kasih sayang seorang ibu terhadap anak tiada batasannya.

M. Vanitha, 68 tahun seorang suri rumah sanggup menemani anaknya yang beragama Islam untuk meraikan Syawal di rumahnya selepas tersekat daripada merentas negeri ke rumah mertua akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk menyambut lebaran.

Sediakan Tose & Kari Ayam

M. Vanitha membantu menyediakan juadah raya seperti tose dan kari ayam untuk anaknya, Affandi Rajini Khant, 45 bagi meraikan Aidilfitri bersama-sama.

“Cucu-cucu minta tose special, jadi saya letakkan bahan minyak sapi dan kari ayam. Seronok juga dapat masak untuk mereka dan mereka pun memang suka,” katanya.

Kata Affandi Rajini Khant, persiapan rayanya amat sederhana dan tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Keluarganya juga tidak menerima tetamu pada Aidilfitri bagi mematuhi arahan SOP yang dikeluarkan.

Youtube Buletin TV3

Walaupun sederhana, tetapi masih bermakna! Untuk info dan perkembangan terkini, korang boleh saksikan di Youtube Buletin Utama TV3 okay?

Selamat menyambut lebaran semua!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 May 2019

‘Saya Akan Tarik Awal Setiap Kali…’- Scha Alyahya Kongsi Tips Rumah Tangga Ideal

Kami sudah mencuba sejak tahun lalu lagi. Mungkin tiada rezeki lagi buat masa ini.

Featured Wed, 9 Nov 2022
Featured Mon, 14 Oct 2024

“Sekufu Atau Tidak, Itu Nombor 2… Kita Lebih Kaya, Suami Tetap Atas Kita” – Fasha Sandha

Ingat, selalu fikir positif dan doa yang baik-baik untuk semua❤️❤️❤️

Hiburan Sat, 6 Apr 2019

Sophia Fredskild Jatuh Cinta?

Sophia akhirnya menemui jejaka pilihan untuk selamanya…

Featured Mon, 30 Jun 2025
error: Content is protected !!