Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin May 29, 2020 @ 9:00am

[TERKINI] Akhirnya Kota Mekah Mula Dibuka

Kerajaan Arab Saudi hari ini mengumumkan kota Mekah mula dibuka pada 31 Mei ini secara berperingkat. Dan, mengizinkan masjid dibuka untuk solat Jumaat.

Dua fasa pelan penyesuaian membabitkan kota suci ini bertujuan bagi melonggarkan sekatan berikutan kes penularan Covid-19.

Prosedur keluar masuk diperketatkan

Sumber : Google

Setiap masjid juga akan dibuka 20 minit awal buat para jemaah dan akan ditutup semula selepas 20 minit apabila kesemua jemaah selesai menunaikan ibadat solat.

Memetik laporan AlJazeera, terdapat tiga fasa yang bakal berlaku di negara tersebut yang akan berakhir dengan perintah berkurung kecuali kota suci Mekah yang dijangka bakal dibuka pada 21 Jun ini atau sehingga diberitahu kelak.

Manakala, solat juga diizinkan di semua masjid di luar Kota Mekah mulai 31 Mei ini.

Pergerakan bebas dan perhimpunan sosial masih TIDAK dibenarkan

Sumber : Google

Fasa pertama, perintah berkurung akan dikurangkan dari 24 jam menjadi 15 jam sahaja, iaitu dari jam 3 petang hingga 6 pagi di seluruh negara bermula pada Khamis.

Selain itu, pergerakan bebas antara wilayah dan beberapa aktiviti runcit dan borong termasuk pusat membeli belah akan dibenarkan beroperasi semula.

Manakala, dalam fasa kedua penduduk Mekah hanya akan dibenarkan berada di tempat awam sekitar jam 6 pagi hingga 8 malam sahaja. Manakala, perhimpunan sosial melibatkan lebih daripada 50 orang tidak dibenarkan. Ini termasuklah, majlis perkahwinan dan pengebumian.

Penerbangan domestik pula akan dibenarkan untuk beroperasi semula tetapi, larangan penerbangan antarabangsa masih kekal. Dan, pekerja sektor awam dan swasta akan dibenarkan kembali ke pejabat mereka.

Langkah keselamatan masih diperketatkan

Sumber : Google

Pemakaian topeng muka serta penjarakkan sosial terutamanya di tempat-tempat awam sangat dititkberatkan.

Ziarah haji dan Umrah bagaimanapun, masih ditangguhkan oleh kerajaan Arab Saudi sehingga tarikh yang ditetapkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Jan 2025
Trending Thu, 5 Sep 2019
Featured Sat, 28 Feb 2026

“Saya Tak Suka Orang Mengatur-Atur Hidup Saya” – Que Haidar Serah Soal Jodoh Pada Tuhan

Pelakon Que Haidar tampil menjelaskan pandangannya berhubung soal jodoh dan kehidupannya sekali gus menegaskan dia lebih selesa menyerahkan segalanya kepada ketentuan Tuhan.

Featured Sat, 26 Feb 2022
Featured Thu, 17 Nov 2022
Featured Thu, 25 Aug 2022

Tauke Cili Berjaya, Ella Bersyukur Dilantik Sebagai Figura Peladang

Alhamdulillah tahniah! Ella rasa Ella sukaaa..

Hiburan Wed, 14 Jun 2023

Anak & Menantu Zainal Abidin Sah Bercerai Talak Satu Selepas 6 Bulan Gantung Tak Bertali –  “Harap Dia Tak Abai Nafkah”

Saya tak mahu pisahkan anak-anak dengan bapa mereka, kalau ada masalah beritahu – Bekas Menantu Zainal Abidin

error: Content is protected !!