Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 13, 2018 @ 7:50am

“Syukurlah korang semua masih ada suami,” – Nora Ariffin

Siapa yang pernah rasa kehilangan pasti tahu bagaimana peritnya kesakitan itu…

Bagi penyanyi Nora yang kehilangan suami tercinta Allahyarham Johan Nawawi pada 24 Mac tahun lalu, beliau meminta kaum isteri di luar sana agar lebih menghargai suami yang ada di depan mata.

“ Berhenti merungut atau luahan tidak. Jangan hanya melihat kekurangan suami semata-mata, sebaliknya bermuhasabah diri dan memperbetulkan kesilapan bersama,” tulis Nora menerusi Insta Story di laman instagram miliknya.

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin menasihatkan kaum isteri di luar sana untuk bermuhasabah diri dan tidak melihat kekurangan semata-mata.

“Saya selalu lepak bersama kawan-kawan dan topik utama adalah tentang suami masing-masing. Macam-macam hal, complain dan tak puas hati.

“Saya hanya tersenyum dan kata sekurang-kurangnya korang semua masih ada suami, bersyukurlah dan jangan hanya melihat kekurangan,” nasihatnya kepada kaum isteri agar buang ego dan terus bermuhasabah diri.

“Perbetulkan diri kita, muhasabah diri kerana kita juga banyak kekurangan dan buang ego,” tulisnya.

Tambahnya, setiap pasangan suami isteri harus menerima kekurangan pasangan seadanya dan redha dengan perkahwinan masing-masing.

“Peringatan buat semua wanita, tiada siapapun yang sempurna, namun dia adalah jodoh kita. Kita kena terima baik dan buruk mereka.

“Kena ada reda suami dan reda Allah. Bayangkan kalau satu hari nanti dia pergi buat selama-lamanya,” akhirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 May 2018

Seungri Duta Tinder Korea Selatan

Kerana popularitinya Seungri ahli kumpulan Big Bang telah dilantik menjadi duta Tinder di Korea Selatan

Hiburan Tue, 12 Mar 2019

Pesanan Ringkas Dari Shahrnaaz Sempena Hari Wanita Sedunia

Sharnaaz memuji kaum wanita sememangnya insan yang sangat hebat tetapi diselitkan nota ringkas

Hiburan Mon, 3 Feb 2025
Hiburan Sat, 18 Aug 2018

Lizzy Mahu Zul Ariffin?

Polis Entry sudah meraih 3.5 juta tontonan di Youtube. Wow!

Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Baru 4 Jam Di Youtube, Blackpink ‘Kill This Love’ Cecah Tontonan Lebih 10 Juta

Menurut Soompi, tayangan klip tersebut mencatat sehingga lebih 10 juta tontonan hanya dalam masa 4 jam 13 minit!

error: Content is protected !!