Euforia Bola 2026
Trending By: Syafiqa Irdina June 19, 2020 @ 11:35am

Akhirnya Terjawab, Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Melakukan ‘Lathi Challenge’

‘Haram dan berdosa’

Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Luqman Abdullah menasihatkan orang ramai khususnya yang beragama Islam supaya berhenti menularkan video dan tidak terlibat di dalam cabaran-cabaran di media sosial yang berbentuk pemujaan dan ritual demi menjaga akidah.

Ada Unsur Pemujaan

Dr. Luqman berkata, hukum seseorang melakukan Lathi Challenge adalah haram dan berdosa kerana ia mempunyai unsur-unsur pemujaan yang dikhuatiri akan menjerumuskan pelakunya ke dalam perbuatan syirik dan kekufuran.

“Setakat maklumat yang kami dapati, Lathi Challenge ini pada mulanya dipopularkan oleh Jharna Bhagwani di aplikasi TikTok, kemudian ia tular di media sosial dan ramai menyahut cabaran tersebut..

Lirik & Bait Mengandungi Pemujaan Roh

“Malah, di dalam lirik turut mempunyai bait-bait yang dikatakan mengandungi pemujaan roh dan menyeru makhluk halus“.

Berdasarkan ciri-ciri yang disebutkan di atas, maka tarian dan lirik lagu yang mempunyai unsur pemujaan dan ritual yang menyalahi akidah Islam, serta pemakaian dan solekan yang menyerupai syaitan atau hantu.

Untuk maklumat penuh, korang boleh baca di Laman web Mufti Wilayah Persekutuan okay? Semoga bermanfaat!

Sumber: Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 6 Oct 2021

Pendengar Fly FM Boleh Memenangi Sebahagian Daripada RM50,000 Menerusi Fly Watch

Pendengar Fly FM dan aplikasi Audio+ berpeluang untuk memenangi sebahagian daripada RM50,000 menerusi kempen Fly Watch! Pendengar hanya perlu mengikuti akaun Instagram Fly FM, @flyfm958, muat naik hantaran dengan hashtag #FlyWatch dan anda harus meletakkan […]

Hiburan Wed, 26 Apr 2023

Foto Mandi Laut Amir Ahnaf Buat Netizen Tak Keruan

Seronok betul mandi pantai time time raya macamni

Featured Wed, 14 Sep 2022

Cik B Selar Netizen Tak Puas Hati OOTD Cecah RM656,000 – “Bukan Nak Flex, Ada Masalah Ke?”

Ye ke Cik B pernah beli bundle ni gais? Katanya baju Dior tu dah lama baru nak pakai 🤪

Featured Tue, 22 Nov 2022

Tak Sabar Menunggu, DSV Buntu Siapa Perdana Menteri Baharu – “Lama-Lama Dah Keras Macam…”

Usahawan kontroversi Datuk Seri Vida tular di media sosial kerana berang akan Pilihan Raya Umum 15 yang baru sahaja tamat pada 19 November 2022 yang lalu. Vida sudah tidak dapat menahan sabar menunggu siapa bakal […]

Trending Sun, 18 Aug 2019

Yu Paus Ditemukan Mati Di Perairan Tanjung Tohor

Mungkin sesat di kawasan perairan kerana lokasi ketika ditemui bukan habitat asalnya

error: Content is protected !!