Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal August 18, 2019 @ 12:32pm

Yu Paus Ditemukan Mati Di Perairan Tanjung Tohor

Seekor bangkai ikan yu paus seberat lima tan ditemukan hanyut di perairan Tanjung Tohor awal hari ini sebelum dibawa sekumpulan nelayan ke Jeti Pengkalan Nelayan Parit Jawa, di sini.

Ketua Pejabat Perikanan Daerah Muar, Mohd Faris Adman berkata bangkai yu paus spesies Rhincodon Typus yang ditemui kira-kira tujuh batu nautika dari sini di bawa ke darat kira-kira 2 petang.

Beliau berkata, punca kematian ikan tersebut belum diketahui setakat ini dan ia akan dihantar ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) Rantau Abang, Terengganu bagi menjalani proses bedah siasat.

“Dianggarkan ukuran yu paus ini sepanjang 6.1 meter dan lebar 1.5 meter manakala jantinanya masih belum dikenal pasti.

“Namun Unit Perlindungan Sumber, akan membuka kertas siasatan bagi mengetahui punca kematian termasuk maklumat lengkap berkaitan umur, jantina dan saiz sebenar ikan ini.

“Kami percaya yu paus ini mungkin sesat di kawasan perairan kerana lokasi ketika ditemui bukan habitat asalnya dan sebelum ini nelayan tidak pernah menjumpai ikan spesies itu di sini,” katanya kepada pemberita di sini.

Mohd Faris berkata, yu paus terbabit akan diawetkan sebaik sahaja selesai proses bedah siasat.

Katanya, yu paus merupakan antara hidupan marin terancam dan pihaknya menasihati para nelayan sekiranya menemui spesies hidupan laut yang sedemikian untuk segera menghubungi agensi berkaitan.

“Kita berharap agar mereka tidak bertindak melulu sekiranya menjumpai spesies laut luar biasa yang masih bernyawa kerana tindakan sedemikian boleh didakwa di bawah akta berkaitan,” katanya.

Terdahulu, gambar ikan itu tular di laman sosial dan insiden itu menarik ramai penduduk sekitar untuk melihat haiwan tersebut selain mengambil gambar bangkai haiwan itu.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 4 Dec 2020
Featured Fri, 10 Apr 2026

“Zat Besi Di Paras Bahaya & Jari-Jari Sudah Bertukar Menjadi Putih ”- Anak Norish Karman

Manda memaklumkan ibunya kini sedang menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan susulan tahap kesihatannya merudum dan berisiko tinggi.

Kes Mahkamah Fri, 4 Aug 2023
Featured Wed, 16 Nov 2022

Tunaikan Permintaan, Siti Nurhaliza Buat 44 Kali Tendangan Sempena…

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunaikan permintaan jurulatih peribadi yang menyambut ulang tahun kelahiran.   View this post on Instagram   A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) Menerusi hantaran yang dikongsikan Siti […]

error: Content is protected !!