Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 19, 2024 @ 4:44pm

“Kalau Ikutkan Hati You, Dah Lama I Duda.. Alhamdulillah Allah Beri Kesabaran” – Nabil Ahmad Titip Ucapan Buat Isteri Tercinta

Pelawak, pengacara dan penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad meluahkan isi hatinya kepada isteri tercinta, Zira Ayub sempena ulang tahun yang ke-36 tahun.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nabil menzahirkan kata syukur ke hadrat Illahi dikurniakan seorang isteri yang sentiasa sabar dan menerima baik buruknya sebagai suami.

“Sannah helwah wahai bini ku, Zira Ayuh. Terima kasih terima aku sebagai suami, kalau ikutkan hati you, dah lama i jadi duda tapi Alhamdulillah, Allah letak kesabaran dalam hati.

“I dan anak-anak syukur sangat kita masih bersama berlima dan Insya-Allah, kalau you sabar sikit lagi sampai kita tua ye,” tulisnya.

Dalam muat naik sama, Nabil memanjatkan doa buat isterinya agar terus diberikan kesihatan yang baik demi menjaga keluarga dan ibu bapanya.

“I doakan Allah beri you kesihatan berpanjangan supaya you ada kekuatan untuk jaga mak dan abah you, dan boleh terus jadi adik kesayangan abang dan kakak you.

“Semoga Allah terima semua amalan you untuk jadi bekalan di akhirat,” akhirnya berserta tanda pagar #Mywifeforlife.

Nabil Ahmad

Sekadar info, Nabil dan Zira atau nama lengkapnya, Nazirah Ayuh, 36, mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nayla Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.

Artikel Berkaitan: Enggan Baca Komen Negatif… Nabil Ahmad Hanya Beri Nasihat Berdasarkan Hukum Agama – “Kalau Salah, Saya Akan Hubungi Pemanggil Itu & Minta Maaf”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 31 Mar 2022
Hiburan Thu, 2 Jul 2026

Rekod Anak Dipersoal Tak Setanding MSSM, Rita Rudaini ‘Sekolahkan’ Netizen – “Semua Atlet Bermula Dari Bawah”

Rita meluahkan rasa kurang senang terhadap komen yang mendakwa kejayaan anaknya di peringkat MRSM tidak boleh disamakan dengan kejohanan MSSM

Hiburan Sun, 21 Dec 2025
Featured Thu, 11 May 2023

[VIDEO] Comelnya! Gelagat Anak Emma Maembong Mengigau ‘Coco Train’ Buat Ramai Geram

Alahai comel sangat ni! tak boleh bawak bincang.🤣🤣🤣

Trending Fri, 22 May 2020
Hiburan Wed, 19 Mar 2025
Events Mon, 19 Aug 2019
Hiburan Sun, 15 Dec 2024

Famili Duo 4: Tomok & Sharul Kamal Tekad Kekal Momentum, Mahu Beri Persembahan ‘Wow’ Di Pentas Akhir

Semoga kemenangan Famili Duo 4 berpihak kepada Tomok dan Sharul Kamal!

error: Content is protected !!