Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 10, 2026 @ 10:33am

“Zat Besi Di Paras Bahaya & Jari-Jari Sudah Bertukar Menjadi Putih ”- Anak Norish Karman

“Bacaan haemoglobin berada pada tahap sangat rendah”.

Demikian kata anak kepada pelakon Norish Karman iaitu Manda apabila memaklumkan ibunya kini sedang menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan susulan tahap kesihatannya merudum dan berisiko tinggi.

Difahamkan, hasil laporan perubatan bacaan haemoglobin dan zat besi dalam badan pelakon itu kini berada pada paras bahaya.

“Keadaan Norish Karman dalam keadaan amat kritikal, berisiko tinggi. Melihat daripada laporan perubatan, bacaan haemoglobin berada pada tahap sangat rendah iaitu 3.0 dan bacaan zat besi dalam badan berada pada tahap paling rendah dan berbahaya iaitu 1.5.

“Untuk mengelakkan dia rebah ketika berjalan, dia kini lebih banyak duduk di atas kerusi roda agar tidak terlalu menggunakan jantung untuk bergerak,” katanya dalam sebuah laman sesawang kutipan sumbangan.

Dalam masa sama, pelakon itu dimaklumkan perlu menjalani rawatan segera susulan keadaan kesihatannya yang semakin merosot sehingga menyebabkan jari-jarinya juga sudah bertukar mmenjadi putih.

“Oleh itu, dia sangat perlu menjalani pemindahan darah dan transfusi zat besi dengan segera agar keadaan tidak menjadi lebih bahaya kerana badan yang sangat rendah antibodi mudah untuk dijangkiti pelbagai penyakit.

“Ketika ini, dia mengalami batuk yang teruk sehingga muntah serta sakit pada saraf di bahagian kepala sebelah kiri, dan jari-jari yang sudah bertukar menjadi putih,” ujarnya.

Pada Rabu, Manda menerusi sebuah hantaran di Threads berkongsi foto ibunya terlantar di sebuah pusat perubatan selain memaklumkan kondisi kesihatan pelakon itu.

Selain memohon doa orang ramai, anak kepada pelakon itu juga meminta untuk menyalurkan sumbangan bagi menampung kos perubatan ibunya.

Setakat ini, jumlah kutipan bantuan perubatan kecemasan untuk pelakon itu berjaya terkumlah lebih dari RM940.

Artikel Berkaitan: Kesihatan Norish Karman Merosot, Anak Rayu Doa & Sokongan Orang Ramai

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Mar 2023
Hiburan Sun, 19 Apr 2026

Hubungan Kembali Renggang, Kak KM Tidak Jemput Kak Nona Ke Rumah Terbuka

Kak KM mengakui hubungannya dengan Kak Nona kembali dingin.

Trending Wed, 13 May 2020
Featured Mon, 29 Aug 2022

[VIDEO] Amelia Henderson Nafi Warna Rambut Merah Sebab Kecewa Putus Cinta, Ramai Kata Persis Mermaid Ariel!

“Hot girls don’t waste their tears” katanyaaa. Cewahhh, Cantik warna rambut Amelia kan 🤩🥰 Betullah macam Mermaid Ariel 🤩

Featured Wed, 13 Jul 2022

Pelawak Wanita Mengaku Tidak Bersalah, Bakal Berhadapan Penjara Minimum 2 Atau Maksimum 5 Tahun

Fuh… semoga apa yang berlaku ni beri pengajaran besar pada dia dan semua pihak..

Featured Fri, 19 Aug 2022

“Risau Adik Nak Bersalin, Tapi Dia Yang Pergi Dulu…” – Abang Uyaina Arshad Meninggal Dunia Di Hari Ulang Tahun Ibu Tersayang

Innalillahiwainnalillahirojiun.. Al-fatihah, semoga roh allahyarham berada dalam kalangan orang beriman. Salam Takziah Uyaina sekeluarga

Trending Fri, 29 May 2020
Trending Sun, 19 Jun 2022

“Saya Tak Nak Masuk TV Buat Masa Ni” – Adibah Noor Tolak Tawaran Rakaman Lagu Pada Tarikh Pengebumian

Adibah Noor tolak tawaran untuk keluar televisyen seolah-olah tahu dirinya akan pergi buat selamanya.

error: Content is protected !!