Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 29, 2022 @ 5:39pm

[VIDEO] Amelia Henderson Nafi Warna Rambut Merah Sebab Kecewa Putus Cinta, Ramai Kata Persis Mermaid Ariel!

Pelakon jelita, Amelia Henderson mengambil tindakan berani dengan mewarnakan rambutnya kepada warna merah sehingga dikatakan lebih lawa daripada pelakon antarabangsa, Amber Heard.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam akaun TikTok rasminya, rata-rata netizen terpukau melihat kecantikan aktres Kisah Cinta Kita yang kini menampilkan imej baharu.

Namun begitu, ramai dalam kalangan netizen mendakwa perubahan Amelia itu adalah disebabkan patah hati ekoran percintaannya bersama pelakon Aedy Ashraf didakwa telah putus hubungan.

Artikel Berkaitan: “Kata Tunggu 2 Tahun, Tapi Kenapa Mainkan Perasaan…” – Peminat Kecewa Bila Aedy Ashraf Padam Semua Gambar Amelia Henderson

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Millionaire Pun Belum Tentu Ada Peluang” – Amelia Henderson Tak Pandang Harta, Berang Golongan Wanita Dilakukan Seperti Objek

Tampil memberi respons, Amelia menerusi sebuah ciapan di Twitter miliknya berkata dia mewarnakan rambut kepada merah kerana buat masa ini tiada penggambaran sedang dilakukannya.

“Not everyone thinking I’m going through something just because I dyed my hair red. I’m not filming at the moment, this is the only time I could do it. Your girl is ok,” jelasnya.

Menerusi ciapan lain, Amelia seakan berkata seorang wanita yang hebat tiada masa untuk menghabiskan air matanya hanya kerana sesetengah isu yang tidak dapat diubah.

“Hot girls don’t waste their tears. Emotions are healty! But never cry over something you can change,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen ciapan tersebut, rata-rata peminatnya meluahkan rasa lega apabila aktres kegemaran mereka itu dalam keadaan baik-baik sahaja meskipun pelbagai kontroversi terpalit kepadanya.

Dalam pada itu, perubahan Amelia mendapat respons positif daripada rata-rata netizen yang berkata kecantikan selebriti berkaliber itu sangat luar biasa.

Ada dalam kalangan netizen yang tidak menafikan rambut berwarna merah amat sesuai dengan Amelia sehingga digelar ‘The real mermaid Ariel’.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Nov 2024

Nyanyian Fazura Raih Perhatian, Abby Abadi Pula Tampil Backup – “Kalau Maki Dapat Apa? Comel Je Dia Nyanyi”

Abby Abadi sifatkan nyanyian Fazura tidaklah sumbang seperti yang didakwa.

#ThrowbackXTRA Wed, 24 May 2023
Hiburan Tue, 30 Jun 2026

“Semoga Yang Benar Terus Dilindungi” – Bella Astillah Percaya Setiap Ujian Dilalui Syed Saddiq Ada Hikmah

Bella berharap segala urusan membabitkan Saddiq dipermudahkan dan diberikan kekuatan dalam menghadapi detik penting itu.

Hiburan Sat, 31 May 2025
Hiburan Wed, 4 Dec 2019

Police Have Ruled Out Autopsy On Cha In Ha’s Body To Respect His Family Wishes

police have also asked the public not to spread rumors…

Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Ini Sebab Kenapa Emma Maembong Dilabel ‘Playgirl’

Adakah gelaran tersebut diberikan kepada Emma kerana dirinya itu dilihat sangat rapat dengan beberapa pelakon lelaki lain?

Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Frust Bercinta…Ara Johari ‘Racun’ Hati Sendiri?

Kerana terlalu mencintai pasangan yang telah pergi…

error: Content is protected !!