Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 24, 2024 @ 3:26pm

Ditegur Tak Ajar Anak Makan Ikut Adab Orang Islam, Ini Respons Maryam Durian Kimchi

Personaliti media sosial, Maryam Durian Kimchi atau nama sebenarnya, Maryam Younarae kesal apabila ada individu tampil menegurnya kerana tidak mengajar anaknya cara makan yang betul dan mengikut adab Islam.

Kata Maryam, dia tidak mengetahui mengenai perkara itu, sekaligus menjawab komen individu berkenaan dengan nada sarkastik dan mempersoalkan adakah individu berkenaan juga makan mengikut adab dan cara orang Islam ketika berumur dua tahun enam bulan.

“Saya tak tahu mungkin awak makan mengikut tertib dan adab orang Islam ketika berusia dua tahun enam bulan… Baguslah.

“Tak apa, saya akan cuba ajar Rina cara makan yang betul,” ulasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa kurang senang dengan komen yang ditinggalkan individu terbabit, memandangkan ramai yang berasa teruja dan kagum melihat cara Rina menikmati setiap hidangan yang disajikan.

“Apa yang tak makan macam muslim, makan tangan kanan , duduk elok-elok dekat kerusi.  Bukan nya anak dia makan guna kaki. Pelik je manusia nak komen pun.

“I really disappointed kind of muslimah like this treat us as a mualaf. Tak salah bagi nasihat tapi biarlah masuk kepala otak atau logik.

“Rina is eating like a normal toddler. Well behaved and less messy. just ignore comments like this.

“Elok je cara baby rina makan. Kita yang tua ni tengok pun berselera nak makan sama.

“Jangan peduli mereka Maryam. Saya suka tengok Rina makan, saya nak cucu saya makan macam Rina.

“There’s nothing wrong with the way she’s eating, she’s so cute,” komen netizen.

 

Terdahulu, individu wanita berkenaan meninggalkan komen pada salah satu posting yang dimuat naik Maryam sekaligus meluahkan rasa kurang senangnya melihat cara Rina menikmati makanan.

“Tolong ajar dia (Rina) cara makan yang betul kerana kita adalah Muslim,” komen individu berkenaan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 6 Mar 2026

Dilabel Masih Belum ‘Move On’, Boss Ned Mengaku Sentiasa Lindungi Nora Danish – “Will Have Your Back Always Mommy”

Bekas suami kepada pelakon jelita, Nora Danish iaitu Nedim Nazri atau lebih dikenali dengan panggilan Boss Ned tampil membalas kenyataan Nora selepas aktres itu mempertahankannya daripada terus dilabel sebagai belum ‘move on’ daripada perkahwinan mereka.

Featured Wed, 16 Aug 2023
Hiburan Wed, 29 Oct 2025
Featured Tue, 27 Dec 2022

‘Konsert 30 Generasiku’ OAG Selit Elemen Ketuhanan, Radhi Dedah Belum Mahir Baca al-Quran

Memang gempak giler Konsert 30 Generasiku OAG! Setiap masa Radhi OAG ingatkan peminat setia kepada Tuhan

Selebriti Wed, 13 Sep 2023
Hiburan Fri, 6 Oct 2023
error: Content is protected !!