Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 13, 2022 @ 2:35pm

Hubungan Adik Beradik Yamani Abdillah & Zaki Yamani Tak Rapat Gara-Gara….

Dua anak lelaki penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah, Yamani Abdillah dan Zaki Yamani menyertai musim baharu program Famili Duo yang bakal bersiaran di TV3 tidak lama lagi.

Mengikut jejak langkah bapa mereka dalam bidang seni, Zaki, mengaku hubungan yang terjalin sebagai adik beradik renggang selepas Yamani berpindah ke Sekolah Seni Johor pada usia 14 tahun.

“Selepas abang memasuki sekolah asrama di Johor, kami memang jarang bersua. Kini, masing-masing dah melibatkan diri dalam dunia seni. Apabila berjumpa pada acara hiburan, kami adik beradik jadi kekok, kadang-kadang tak tahu apa yang nak dibualkan.

“Jadi, saya sendiri merasakan penyertaan kami berdua dalam Famili Dua akan membuatkan kami kembali mesra memandangkan kami akan bekerja sebagai satu pasukan dan akan bertemu setiap minggu sepanjang program ini berlangsung,” kata Zaki.

Yamani, 21, merupakan anak hasil perkahwinan Jamal dengan Intan Noraina Mohd Yusof manakala Zaki, 16, pula merupakan anak hasil perkahwinan penyanyi itu dengan Fatimatuzahra Samat.

Tambah Yamani, Jamal juga menasihatkan agar mereka berdua memberikan yang terbaik sepanjang program ini berlangsung.

“Saya beritahu bapa selepas menyertai program Famili Duo. Bapa kami tidak menghalang dan dia memberikan nasihat. Dia berpesan agar kami melakukan yang terbaik, bersikap jujur dan jangan salah memilih lagu.

“Mungkin selepas program Famili Duo, kami bakal hasilkan single duet adik beradik. Kami mahu memberikan persembahan terbaik setiap minggu dan mahu membuatkan bapa bangga dengan kami berdua,” kata Yamani.

Musim baharu Famili Duo bakal menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka.

Selain Yamani dan Zaki, enam pasangan peserta yang bersaing di musim baharu Famili Duo ialah Ara Johari & Shaffiq Erwin (sepupu), Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (adik-beradik), Bella Astillah & Wani Kayrie (sepupu), Sissy Imann & Naim Daniel (Sepupu), Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik) dan Ayda Jebat & Fyna Jebat (adik-beradik).

Diacarakan oleh Janna Nick dan Sean Lee, Famili Duo akan menampilkan Mas Idayu dan Ajai selaku juri tetap.

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim kedua yang bakal menemui penonton mulai 18 Disember 2022, setiap Ahad, 9.00 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Jun 2025

Amira Othman Bakal Adakan Showcase Pertama Selepas ‘Dilamar’ Pihak Pengurusan Fattah Amin

Amira Othman bakal adakan showcase di bawah pengurusan Fattah Amin

Hiburan Thu, 15 Sep 2022
Trending Fri, 20 Apr 2018

Dikecam Kerana Menghadiri Pesta Muzik Coachella, Kylie Jenner Kongsi Gambar Anak Comelnya

Anda tengok sendiri, gerenti hati anda akan berbunga-bunga. Rasa macam nak gigit!

Featured Wed, 14 Sep 2022

Cik B Selar Netizen Tak Puas Hati OOTD Cecah RM656,000 – “Bukan Nak Flex, Ada Masalah Ke?”

Ye ke Cik B pernah beli bundle ni gais? Katanya baju Dior tu dah lama baru nak pakai 🤪

Featured Tue, 10 Jan 2023
error: Content is protected !!