Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi April 18, 2023 @ 2:28pm

[VIDEO] Sharifah Sakinah Tak Kenal Antara Kunyit Dengan Lobak Merah Dalam Oh Mummy Buat Netizen Berdekah – “Nampak Pandai Itu Penting”

Umum mengetahui pelakon Sharifah Sakinah antara selebriti yang terkenal dengan sikap gila-gila dan bersahaja bukan sahaja di dalam drama malah di media sosial.

Terbaharu, tular di media sosial sebuah rakaman video yang memaparkan Sakinah dan kakaknya yang juga seorang pelakon, Sharifah Shahirah dalam sebuah rancangan masakan Oh Mummy! TV3 sempena Ramadan.

Turut terlibat dalam rancangan tersebut juga adalah anak perempuan kepada Shahirah iaitu Airra.

Menerusi video tersebut, mereka sedang menyediakan bahan-bahan masakan untuk memasak juadah bersama.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah ketika Shahirah bertanyakan kepada Sakinah apakah yang dimasukkan dalam pengisar itu. Lalu Sakinah dengan yakinnya menjawab itu adalah lobak merah.

“Lepas tu kita masukkan lobak merah dan juga…”ujar Sakinah yakin.

Shahira yang terkejut dengan jawapan Sakinah itu terus ketawa kerana ia adalah kunyit bukan lobak merah.

“Itu bukan lobak merah…itu kunyit,” respons Shahirah sambil ketawa

Shahirah turut memberitahu anaknya  yang berada di sebelah bahawa bahan masakan itu adalah lobak merah bukan kunyit.

“Airra, mama nak ajar ye, ini bukan lobak merah, ini kunyit,” kata Shahira dalam nada perli.

Malah, diujung-hujung video Sakinah sekali lagi dengan yakinnya memberitahu Shahirah daun masakan yang dibawanya adalah bunga rampai sedangkan ia adalah daun kunyit.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi terhadap video tersebut. Ada yang terhibur dengan gelagat Sakinah yang yakin menjawab pertanyaan Shahirah.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian video tersebut telahpun meraih 1 juta tontonan dan lebih 75,000 tanda suka dan 500 komen di TikTok.

Oh Mummy! adalah rancangan yang memaparkan kisah Sharifah Shahirah dengan anak-anak beliau dari menghias rumah dan membeli belah barang keperluan untuk sambutan Hari Lebaran.

Dapatkan juga tips berguna yang dikongsi khas oleh artis ternama ini menerusi Oh Mummy!.

Oh Mummy! boleh di tonton pada setiap Sabtu jam 5.30 petang di TV3 dan boleh distrim juga di aplikasi TonTon.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 15 Jan 2020

PLUS guna teknologi dron pantau pergerakan trafik sempena Tahun Baharu Cina

Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan menggunakan teknologi dron bagi memantau pergerakan trafik di beberapa lokasi yang dikenalpasti di lebuh raya kendaliannya pada musim perayaan Tahun Baharu Cina kali ini. Pengerusinya, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif […]

Events Thu, 28 Mar 2019

Sekitar Kemeriahan Majlis Malam Berinai Fasha Sandha Dan Aidil Aziz

Sama-cantik sama padan kan? kalau tak caye, tengok lah sendiri.

Trending Fri, 4 May 2018

Desakan Kemiskinan, Makin Ramai Bayi Perempuan Dibunuh!

Ramai ibu bapa percayakan bomoh hingga sanggup membunuh anak mereka. Tapi ramai juga membuat keputusan membunuh bayi mereka kerana terlalu miskin dan kelahiran bayi itu dianggap menyusahkan mereka…

Featured Tue, 9 Aug 2022
Featured Mon, 5 Sep 2022

Selepas Isu Cerai, Video Nad Zainal Beri ‘Hint’ Konflik Rumah Tangga Viral – “If Tak Ada Hati, Cakap Terus Terang… Tak Payah Tipu”

Selepas dunia hiburan dikejutkan dengan berita mengenai perceraian aktres berbakat, Nad Zainal bersama suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin baru-baru ini, ramai nampaknya warganet yang masih tertanya-tanya apakah punca utama disebalik pergolakan rumah tangga pelakon itu. Nad […]

Trending Wed, 14 Jul 2021

Bayaran Tambahan RM1,000 Bagi GKP 4.0, Permohonan Mula Dibuka Esok

Siapa yang belum pernah mohon GKP, Dah boleh standby esok k!

Hiburan Fri, 2 Aug 2019

‘Bercakap Pun Dah Mengah’- Adira Berdebar Tunggu Masa!

Saya juga mudah terlelap, kadang kala sedang berhenti di lampu isyarat pun sempat tertidur.

error: Content is protected !!