Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 4, 2025 @ 10:48am

Selesai Jalani Tempoh Iddah, Rebecca Nur Al Islam Mohon Doakan Yang Terbaik – “Inshaa-Allah Saya Okay”

Pelakon Rebecca Nur Al Islam akhirnya mendedahkan status terkininya seperti yang tular sebelum ini.

Menerusi hantaran di ruangan Instagram Story (IGS), Rebecca memaklumkan, dia kini sedang berangkat ke Tanah Suci Makkah sekali gus memohon orang ramai mendoakan perjalanannya dipermudahkan.

Menerusi hantaran sama, Rebecca turut meluahkan permohonan maafnya kepada mereka yang telah menghantarkan pesanan mesej bertanyakan mengenai keadaannya sebelum ini.

Jelasnya, dia memerlukan sedikit ruang sebelum menjawab pelbagai pertanyaan yang diajukan.

“Saya minta maaf kepada lebih 1000 WhatsApp dan ramai yang DM saya. Yang tak dapat saya reply, terima kasih mengambil berat tentang saya.

“Inshaa-Allah saya okay. Teruskan berdoa untuk saya. Saya tak dapat jawab soalan anda yang terlalu banyak bertanya. Maaf. Saya perlu ruang.

“Cuma apa yang saya boleh cakap ‘Ya, saya dah habis iddah’. Teruskan doa untuk saya semoga Allah SWT sentiasa membalas segala kebaikan doa yang anda kirimkan,” katanya.

Sebelum ini, perkongsian Rebecca di media sosial miliknya mencuri perhatian netizen apabila aktres berkenaan memuat naik hantaran status berbunyi ‘Single Mother of 7’.

Muat naik tersebut dilihat seakan-akan memberi gambaran bahawa rumah tangganya bersama suami, Datuk Nur Azman Sulaiman sudah berakhir.

Dalam hantaran yang dimuat naik beserta foto suaminya itu, Rebecca berkata, dia dan suami sudah berusaha sehabis baik namun terpaksa akur dengan ketentuan Tuhan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 4 May 2020

Tiga anak petugas barisan hadapan, ibu mana tidak risau

Sentiasa pesan pada anak, bekerja kerana Allah

Hiburan Wed, 7 Jun 2023
Events Thu, 17 Nov 2022
Hiburan Wed, 26 Sep 2018

李幸倪新歌《侘寂》玩命!被沙活埋数小时一度呼吸困难

Gin李幸倪为新曲《侘寂》远赴台湾取景拍摄MV!首次与著名导演陈映之合作的李幸倪,MV足足拍摄了24小时,行程艰苦非常。

Hiburan Thu, 14 Nov 2019

云顶户外主题乐园即将营业!号召全国演艺人参与开幕仪式

如果您是一个充满热情、活力及拥有非凡才艺的表演者,云顶世界需要您!

Trending Fri, 29 Jan 2021

Setahun Menyepi, Syamel Tampil Dengan Genre Berbeza Menerusi ‘Halusinasi’

Wah, tak sabar nak dengar single terbaru abang Mel ❤️

Featured Fri, 26 Nov 2021

Angkara Pembesar Suara Seorang Lelaki Kurang Siuman Terkoban Nyawa

Akibat pergaduhan yang membawa maut, polis telah menahan tiga suspek termasuk dua beranak yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu di pasar pagi Flat Jalan Ashby di Ipoh, Perak pada Khamis. Memetik laporan Sinar Harian, mangsa […]

Featured Thu, 23 Apr 2020
error: Content is protected !!