Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
familuv By: Shaidah Shafie May 4, 2020 @ 6:16pm

Tiga anak petugas barisan hadapan, ibu mana tidak risau

Tiga anak bertugas dalam bidang perubatan adalah satu kegembiraan yang tidak terhingga bagi Datin Wan Setia Norlina Wan Hussin kerana tahu tugas berkenaan adalah antara kerja mulia yang sering diimpikan ketiga-tiganya.

Namun begitu, dalam keadaan seluruh dunia dilanda wabak COVID-19, hati ibu mana yang tidak risau kerana ketiga-tiganya turut terlibat sebagai petugas barisan hadapan (kesihatan) dan sudah hampir dua bulan tidak bertemu.

Wan Setia Norlina Wan Hussin dan Dr Aini Nabilah Abd Raub ketika percutian keluarga. Foto: Ihsan Wan Norlina Wan Hussin.

Wan Norlina yang juga seorang pesara guru mengakui beliau mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan ketiga-tiganya, tetapi dalam keadaan begini, hanya telefon yang menjadi penghubung.

“Kerisauan sudah tiada dalam diri, setiap hari saya berdoa semoga Tuhan sentiasa melindungi mereka bertiga. Sudah menjadi rutin, mereka akan menghubungi saya sebelum dan selepas selesai tugas di hospital.

“Saya paling risau dengan anak ketiga, Dr Aini Nabilah Abd Raub, yang bertugas di Hospital Umum Sarawak, Kuching. Dia sudah dua kali disaring, setakat ini kedua-dua keputusan saringan adalah negatif,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Wan Setia Norlina (kiri) bersama tiga anak, Dr Syadidi Zikri (depan kiri), Dr Aini Nabilah dan Sayyidi Hamzi yang ketiga-tiganya adalah petugas barisan hadapan. Foto: Ihsan Wan Norlina Wan Hussin.

Anak sulung Wan Norlina, Dr Syadidi Zikri Abd Raub, pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) di Hospital Serdang, anak kedua pula, Sayyidi Hamzi ialah penyelidik di Hospital Pantai Kuala Lumpur, manakala Dr Aini Nabilah juga dalam bidang O&G.

Sehubungan itu, Wan Norlina berharap masyarakat peka dan patuh dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha membendung COVID-19.

Dr Aini Nabilah Abd Raub dalam pakaian seragam PPE ketika bertugas. Foto: Ihsan Wan Norlina Wan Hussin.

Bagi individu yang saudara-mara mereka bukan petugas barisan hadapan, mungkin tahap kerisauan mereka tidak sama dengan apa yang dilaluinya setiap hari kerana memikirkan bagaimana keadaan kesihatan dan keselamatan anak-anak.

“Saya berpesan kepada anak-anak saya supaya berkhidmat sebaik mungkin, santuni pesakit yang mereka hadapi di hospital dengan ikhlas sebagaimana mereka menyantuni ibu bapa dan saudara-mara sendiri. Itu sahaja yang jadi pegangan kami untuk menyedapkan hati selain doa supaya semuanya selamat.

“Begitu juga dengan masyarakat, kasihanilah barisan petugas hadapan baik doktor mahupun anggota keselamatan seperti polis dan askar. Mereka bertungkus lumus berkhidmat untuk kesejahteraan negara, sama-samalah kita berdoa semoga keadaan cepat pulih daripada bencana ini,” katanya mengakhiri perbualan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Jan 2023

Rezeki Perlu Dikongsi, Suami Fatin Afeefa Nasihat Golongan Atasan Jangan Layan Orang Umpama Mereka Tiada Standard

Suami kepada pelakon cantik Fatin Afeefa, Aliff Awang menasihati netizen untuk sentiasa berkongsi rezeki tidak kira pangkat mahupun darjat. @aliff_awangREZEKI KENA KONGSI. TAK KIRA PANGKAT 😊 Aku tengok orang kaya negara aku layan jockey / […]

Featured Wed, 19 Apr 2023

Akui Takut Untuk Berkahwin, Riena Diana Titip Pesanan Padu Pada Penyondol! – “Tak Boleh Banyak Mulut, Jangan Harap Layanan Sama Dengan Madu”

Min setuju dengan Riena. Buat penyondolss di luar sana, dengar ni pesanan makan dalam Lailerrrr 🤪🤪

Featured Wed, 3 Sep 2025
Cahaya Mata Wed, 17 Aug 2022

“Semoga Mama Pun Kuat!” – Menangis Sampai Mata Bengkak! Mira Filzah Luah Perasaan Pertama Kali Jauh Dengan Anak

Ramai yang cakap Mira Filzah seorang ibu yang kuat dan dijadikan inspirasi buat ibu yang bekerjaya 😍

Featured Tue, 4 Oct 2022
Featured Mon, 5 Feb 2024
error: Content is protected !!