Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops April 23, 2020 @ 8:00pm

Buah kegemaran Nabi SAW, ketahui 1001 manfaat tembikai

Tembikai antara buah yang menjadi kegemaran ramai setiap kali tibanya bulan Ramadan. Kaya dengan vitamin A, vitamin B6 dan antioksidan, tembikai menjadi pilihan popular untuk dijadikan jus minuman serta pencuci mulut ketika berbuka puasa.

manfaat buah tembikai

Kredit gambar: LiveKindly

Menurut terjemahan daripada buku Healing with the Medicine of the Prophet by Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah, tembikai dimakan untuk menyejukkan badan dan pengambilan buah tembikai sebelum makanan berat mampu mencuci perut serta menghindarkan diri daripada penyakit.

Daripada Aisyah RA, “Rasulullah SAW pernah makan Al-Biththikh (tembikai) dengan kurma segar, seraya bersabda, ‘Buah kurma itu panas dan disejukkan oleh buah tembikai’.”

Aisyah RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW suka makan semangka (tembikai) dan Rutob (kurma masak). (Abu Dawud dan Al- Tarmidzi)

Berikut antara manfaat buah tembikai untuk kesihatan dan juga kecantikan.

1. Mengelakkan dehidrasi

Setelah seharian berpuasa, tubuh akan kehilangan banyak cecair, justeru tembikai adalah pilihan yang tepat untuk menghidrat badan kerana ia kaya dengan kandungan air yang tinggi.

2. Bagus untuk ibu hamil

Tembikai bagus untuk tumbesaran bayi dalam kandungan. Buah tembikai mengandungi kalium yang berfungsi sebagai bahan yang mempertahankan kandungan kalsium dalam badan. Kalium membantu dalam proses pembentukan tulang bayi dan dalam masa yang sama menguatkan sendi ibu.

Selain itu, tembikai juga membantu mengurangkan bengkak, kekejangan otot, mengurangkan loya serta mual yang sering berlaku kepada ibu hamil.

manfaat buah tembikai

Kredit gambar: Economictimes

3. Baik untuk kesihatan jantung

Kajian oleh Universiti Purdue mengesahkan bahawa warna merah pada tembikai yang terhasil daripada sejenis bahan kimia yang digelar lycopene membantu melindungi sel-sel badan daripada kecederaan serta merendahkan risiko penyakit jantung.

4. Mengurangkan tekanan darah tinggi

Kajian oleh American Journal of Hypertension menemukan bahawa tembikai membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan berat badan dalam kalangan  orang yang obes.

Kredit gambar: runnersworld

5. Antiradang

Selain baik untuk jantung, lycopene juga berfungsi sebagai antiradang iaitu membantu melawan keradangan di dalam badan, seterusnya membantu proses pemulihan dengan lebih baik.

Antara kebaikan lain ialah tembikai juga bagus untuk melancarkan sistem penghadaman, membantu mengekalkan kelembapan kulit, merangsang pertumbuhan kolagen, mencegah pigmentasi, meningkatkan imuniti badan, membantu mengurangkan berat badan, mengurangkan pedih ulu hati, mencegah batu karang dan banyak lagi.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 3 Aug 2022
Featured Sat, 12 Feb 2022
Featured Tue, 11 Jun 2024
Featured Fri, 17 Mar 2023
Featured Fri, 7 Oct 2022

Gelaran Datuk Ditarik Balik, Farid Kamil Tidak Menyesal – “Saya Bukan Saja Rasa Tapi…”

Setiap manusia ada ujian hidup masing-masing kan? Semoga kuat dan tabah

Featured Thu, 19 Aug 2021

Masih Bertarung Dengan COVID-19, Fazli Zainal Kongsi Perkembangan Terkini

Umum maklum keadaan penyanyi, Fazli Zainal yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang akibat positif COVID-19. Terbaru, menerusi laman Instagram, Fazli berkongsi tahap kesihatan semasanya. “Alhamdulillah beransur pulih & nampak progress. Sabar ye […]

error: Content is protected !!