Euforia Bola 2026
Events By: Dharnieya Nur Amelsa December 7, 2022 @ 7:23pm

Nusa Fest Bakal Menggabungkan Tiga Negara Dalam Satu Lokasi!

Untuk suku pertama 2023, Shiraz projects Sdn Bhd bakal membawakan kepada khalayak ramai sebuah festival yang bakal menggabungkan tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura dalam satu lokasi pada Sabtu dan Ahad, 4 & 5 Februari 2023, bermula seawal jam 12 tengahari di Bandar Malaysia, Sungai Besi.

Terdahulu festival ini tergendala hampir 3 tahun disebabkan oleh pandemik covid-19. Kini, ia kembali dengan lebih meriah dengan barisan-barisan nama-nama besar dalam industri tiga negara!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NusaFest 2023 (@nusafest.my)

Festival muzik yang dinamakan sebagai Nusa Fest ini bakal menyaksikan kemunculan band-band dan penyanyi solo terhebat dari tiga buah negara.

Sudah tentu ramai peminat seni muzik tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan gabungan ini di satu festival. Dalam masa dua hari, penonton bakal menikmati muzik enak dan berkualiti serta barisan nama pemanggung seni yang dekat di hati peminat.

“Pengumuman awal Nusa Fest diawali dengan hanya pengumuman tarikh dan tempat. Tiada nama-nama artis yang diumumkan. Ini menimbulkan pelbagai reaksi dari khalayak. Namun kami percaya bahawa rakyat Malaysia khususnya, memang sentiasa memberikan sokongan yang padu terhadap industri seni tanah air.

“Buktinya tiket ‘pre sale’ telah habis terjual walaupun kita hanya memberikan ‘hint’ persembahan tanpa sebarang nama di laman sosial @shierazprojects dan @nusafest.my. Saya percaya bahawa dengan sokongan semua, Nusa Fest akan dapat dijayakan dengan meriah dan menepati konsep festival yang diinginkan,” ujar Shiraz selaku Pengarah urusan Shiraz Projects.

Untuk pengumuman yang ditunggu-tunggu bagi fasa pertama, Nusa Fest akan menampilkan barisan-barisan penyanyi seperti Budak Nakal Hujung Simpang (MY), Bunkface (MY), Burgerkill (ID), Dipha Barus (ID), Diskoria (ID), Feast (ID), Forceparkbois (MY), Fourtwnty (ID), Gerhana SkaCinta (MY), Hindia (ID), Iqbal M. (MY), Jemson (MY), Kelompok Penerbang Roket (ID), Kunto Aji (ID), The Pinholes (SG), Pusakata (ID), Ras Muhammad (ID), Salammusik (MY) dan White Percussion Unit (MY).

Pengumuman seterusnya akan dilakukan dari masa ke semasa dan semestinya ini akan menambahkan lagi debaran sehingga ke hari festival.

Tiket Pre Sale sudah habis dijual selama lima hari dan tiket Early Bird berharga RM 300 dijual dari 6 Disember hingga 9 Disember di www.myticket.asia.

Bagi tiket Bundle Of 4 pula akan dijual dengan harga RM1200 pada 9 Disember dan Normal tiket akan dijual pada 9 Disember dengan harga RM350 untuk dua hari persembahan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NusaFest 2023 (@nusafest.my)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Dec 2017

迪丽热巴、杨幂惊爆不合!

迪丽热巴和杨幂惊爆不合!她因为演出《三生三世十里桃花》、陆综《奔跑吧》人气飙涨,是师姐「嘉行传媒」旗下艺人;她近日被传设立个人工作室有意单飞,引起各方关注。

Trending Thu, 14 Sep 2023
Featured Thu, 25 Feb 2021
Acara Sun, 13 Nov 2022
Featured Thu, 15 May 2025
Events Mon, 27 Aug 2018

What a Great Year to Celebrate #KitaPunya Merdeka!

Our 61st independence day feels like a brand new one.

error: Content is protected !!