Euforia Bola 2026
Trending By: Khairil Khusyairi August 18, 2022 @ 3:58pm

“Ada Yang Cuba ‘Mengurat’ Saya, Tapi…” – Nikki Palikat Dedah Ada Lelaki Yang Mendekati Selepas Bercerai

Jun lalu, penyanyi Nikki Palikat membuat pengakuan mengejut yang dirinya sudah berpisah dengan bekas suaminya, komposer Audi Mok.

Terbaharu, Nikki atau nama sebenarnya, Nicolette Louisa Palikat mengakui dirinya sering didekati lelaki selepas mengumumkan penceraian. Namun, Nikki memberitahu bahawa dirinya masih belum membuka hatinya kepada sesiapa untuk berkenalan apatah lagi menerima peneman hidup.

“Ada juga yang cuba untuk ‘mengurat’ tapi bagi saya, hati ini belum terbuka untuk berpasangan semula. Mungkin belum sampai waktunya.

“Sebab saya sekarang sibuk untuk menguruskan anak yang sudah memasuki fasa sekolah menengah. Jadi, masa hanya tertumpu untuknya sahaja,” jelasnya.

Disoal mengenai perjalanan karier seninya, anak seni kelahiran Sabah itu mendedahkan terdapat tawaran untuk merakamkan lagu berentak pop balada bergenre tangkap leleh.

Namun, Nikki memilih untuk memperjuangkan muzik bergenre Pop R&B sahaja.

“Memang betul saya ada terima tawaran untuk rakam lagu macam itu (pop balada). Tetapi saya rasa macam tak kena pula dengan ‘branding’  dan suara saya.

“Apa yang saya boleh katakan, hala tuju muzik saya terarah kepada muzik urban dan peminat juga sedia maklum mengenainya. Saya rasa biarlah saya melekat dengan imej dan hala tuju muzik sebigini sebab sebagai penyanyi, kita perlu tahu jiwa dan diri sendiri,” jawabnya.

Nikki dan bekas suami dikatakan telah lama berpisah ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Liam, 12.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Feb 2023

Dakwaan Suami Abai Nafkah Madu, Miera Leyana Hampir Jadi Singa Gara-Gara Diserang Netizen Mulut Celupar

Jangan dijolok sarang tebuan, jangan dikacau singa yang diam… Kena makan dengan Miera nanti 🥵😌🤪

Featured Tue, 28 Apr 2026

Shila Amzah Dedah Tekanan Pikul ‘Title’ Anak Sulung – “Kami Tak Kuat! Sering Paksa Diri Untuk Nampak Okay”

Shila Amzah mengaku bukan mudah untuk memikul tanggungjawab sebagai anak sulung

Trending Mon, 10 May 2021

Rentas Negeri, Daerah Bagi Tujuan Kerja TIDAK Perlu Surat Polis

Namun begitu PDRM masih mengemaskini SOP berkenaan

Featured Sat, 1 Mar 2025
Trending Thu, 18 Feb 2021

Shuk Sahar Didapati Bersalah, Kontrak Bersama Hot FM Akhirnya Ditamatkan

Nampaknya ramai netizen bersetuju Shuk diberhentikan….

error: Content is protected !!