Euforia Bola 2026
Trending By: Syafiqa Irdina June 30, 2020 @ 1:11pm

Mengejutkan, Lelaki Berusia 114 Tahun Pulih Covid-19 Selepas 2 Minggu Dirawat

Tiada yang mustahil!

Seorang lelaki berusia lebih 100 tahun iaitu Aba Tilahun Woldemichael telah mengejutkan orang ramai apabila pulih dari wabak Covid-19.

Tiada Sijil Lahir

Walau bagaimanapun, menurut ahli keluarga Aba Tilahun Woldemichael, lelaki berasal dari Ethiopia itu tidak mempunyai sijil kelahiran untuk mengesahkan usia sebenarnya.

Aba Tilahun disahkan positif wabak Covid-19 selepas proses pemeriksaan rawak dilakukan di kawasan kejiranannya, di Addis Ababa.

“Dia dimasukkan ke hospital sebelum menunjukkan sebarang gejala. Ini membolehkan pasukan perubatan proaktif dengan rawatan dan mengawasinya dengan teliti,” demikian kata Dr Hiluf Abate sewaktu program Newsday BBC.

Aba Tilahun menerima rawatan selama 14 hari di hospital, dan dia memerlukan bantuan oksigen lebih daripada seminggu.

Mengikut rekod, mana-mana individu yang berusia lebih daripada 80 tahun dianggap antara yang paling berisiko sekiranya mereka dijangkiti wabak Covid-19.

Sehingga kini, Ethiopia mencatatkan lebih daripada 5,000 kes positif Covid-19 dengan 81 kes kematian.

Sumber: BBC

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 8 Nov 2022
Hiburan Wed, 21 Feb 2024
Trending Sun, 17 Jan 2021
Trending Tue, 31 Oct 2023

Jalani Pembedahan Akibat Jantung Berlubang, Anak Kak KM Kini Stabil

Semoga Rania diberi kesembuhan dan sihat seperti biasa Amin.

Featured Tue, 15 Oct 2024

Ahli Kumpulan Hijjaz Nafi Bakal Nikahi Ina Naim

Orang tu dah anggap Ina macam adik sendiri tau… Tak baik!

Hiburan Sun, 2 Apr 2023
error: Content is protected !!