Euforia Bola 2026
Trending By: Syafiqa Irdina July 1, 2020 @ 3:14pm

[TERKINI] Kelas Fardhu Ain, Solat Dhuha Dan Tazkirah Jumaat Boleh Dimulakan Minggu Ini

Ambil perhatian semua.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sidang media tadi, memaklumkan bahawa kuliah, solat dhuha, kelas mengaji dan fardhu ain telah dibenarkan bermula minggu ini.

“Mesyuarat Khas Menteri-Menteri telah bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk membenarkan kuliah dan solat dhuha diadakan di masjid serta surau. Kelas mengaji dan fardhu ain juga dibenarkan di masjid dan surau dengan syarat penjarakan sosial dipatuhi berdasarkan keluasan masjid atau surau,” katanya dalam sidang media hari ini.

Walau bagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan untuk aktiviti di dalam masjid.

Bermula 3 Julai

Masjid dan surau juga diberikan kebenaran untuk mengadakan tazkirah sebelum solat jumaat tertakluk pada SOP biasa yang ditetapkan dan ianya bermula pada 3 Julai 2020.

Untuk maklumat penuh, korang boleh tengok di Youtube Buletin Utama TV3 okay?

Stay safe!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 23 Jun 2021

TNB Salur Bantuan Kepada Golongan B40

Semoga warga TNB dimurahkan rezeki dan dipermudakan urusan ♡♡♡

Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Featured Mon, 14 Mar 2022

Siti Nurhaliza Ajak Lee Chong Wei Main Badminton, Siap Ada Lagu Spontan!

Nyanyi lagu spontan pun sedap. Syoknya kalau impian TokTi bermain badminton dengan Datuk Lee Chong Wei tercapai! 😍

Trending Sun, 1 Aug 2021

ICSYVMY4 Bakal Melabuhkan Tirai Malam Ini, Boleh Ke Amy Search Menemui Penyanyi Sebenar?

Tiga minggu berturut-turut, artis jemputan I Can See Your Voice Malaysia 4 (ICSYVMY4) iaitu Ruffedge, Azlan Typewriter dan Adira Suhaimi gagal dalam percaturan mereka untuk mengenal pasti penyanyi sebenar. Namun begitu, pada episod minggu lalu, […]

error: Content is protected !!