Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul July 16, 2020 @ 9:59am

Finas Bakal Siarkan Filem-Filem Lama Sempena Bulan Kemerdekaan

 Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berhasrat untuk menyiarkan filem-filem lama bagi memberi maklumat kepada generasi muda berhubung keadaan sebenar di Malaysia sejak kira-kira 60 tahun dahulu, bersempena dengan sambutan kemerdekaan Ogos ini.

Pengerusi Finas Zakaria Abdul Hamid berkata perbadanan itu mungkin bekerjasama dengan Bernama untuk mendapatkan ‘airtime’ bagi memulakan satu saluran khas bagi tujuan itu.

“Kita nak cari balik filem-filem lama itu… di situ anak-anak muda, generasi baru kita, malahan saya juga sebenarnya banyak benda yang saya tidak tahu, tetapi kita ada semua itu.

“Contohnya, macam mana permulaan kita buka Felda (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan), kita tebang pokok, mak ayah kita buat… bahan-bahan itu semua ada (dalam filem-filem lama) dan kita perlu tayangkan semula kepada anak-anak muda kita,” katanya.

Malaysia bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-63 pada 31 Ogos ini.

Sementara itu, Zakaria berkata beliau berdepan dengan cabaran besar untuk melihat satu hari nanti filem tempatan mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

“Anugerah Oscar tahap maksimum yang paling tinggi dalam perfileman. Kalau dalam sukan kita boleh capai (letak sasaran) pingat emas (peringkat tertinggi), kenapa tidak dalam perfileman ini kita juga patut mempunyai cita-cita untuk sampai ke anugerah Oscar satu hari nanti,” katanya.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 7 Aug 2023
Trending Mon, 28 Sep 2020
Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Trending Sun, 28 Nov 2021

Kini Popular Dengan YouTube Cikidot Channel, Zarol Zarif Muncul Dengan Single ‘Kan Kan’

Penyanyi dan YouTuber popular Zarol Zarif, 29, kembali melakar nama dalam dunia nyanyian menerusi single terbaru beliau yang berjudul Kan Kan. Biarpun bermula dalam arena hiburan sebagai penyanyi, namun nama anak kelahiran Johor Bahru ini […]

Featured Fri, 20 Jun 2025

Nora Danish Luah Rasa Bangga, Anak Sulung Tamat Pengajian Di Kolej Tuanku Jaafar

Nora berharap agar segala ilmu yang diperolehi anaknya itu daoat dimanfaatkan untuk tujuan di dunia dan di akhirat kelak.

Hiburan Wed, 3 Jan 2024

Azam 2024, Ella Berhasrat Tunai Ibadah Haji & Rancang Nak Keluarkan Lagu Baru!

Moga dipermudah segala urusan Rock Queen kita! ❤️

Trending Thu, 21 Feb 2019
Trending Mon, 16 Jun 2025
error: Content is protected !!