Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul July 16, 2020 @ 12:24pm

Wow! Lelaki Ini Tidak Pernah Potong Rambut Hampir 100 Tahun!

Penutupan kedai gunting dan salun dandanan ekoran perintah kawalan pergerakan menyebabkan ramai lelaki tidak berpeluang memotong rambut mereka.

Bayangkan jika sebulan dua sahaja tidak dapat memotong rambut pun sudah meresahkan sesetengah orang, inikan pula bertahun-tahun kan?

Namun, lain pula kisahnya dengan seorang lelaki berusia 95 tahun dari Karnataka, India yang memilih untuk tidak memotong rambutnya hampir seabad. Wow, lama tu!

Keadaan itu menyebabkan lelaki yang bernama Doddapallilah yang berasal dari daerah Molakalmuru, Chitradurga mengikat rambutnya bagi membolehkannya bergerak apabila panjang rambutnya kini berukuran 7.3 meter.

Berdasarkan rakaman video yang tular baru-baru ini, Doddapalliah mengakui tidak pernah menggunting rambutnya.

Malah, Doddapalliah lebih rela meminta bantuan orang lain menggulung rambutnya daripada mengguntingnya.

Menerusi rakaman video itu juga, Doddapalliah menahan kesakitan sewaktu beberapa orang membuka dan mengikat rambutnya.

Rambut lelaki itu seperti tidak pernah dicuci kerana strukturnya yang tebal dengan gaya dreadlock.

Macam mana lah lelaki ini boleh menahan beban ketebalan rambutnya hampir 100 tahun kan? Hebat!

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Nov 2025

Jadi Tahanan Tentera Isr**l, Haroqs Akhirnya Potong Gelang Penjara 

Haroqs, akhirnya mengambil keputusan untuk memotong gelang penjara yang dipakaikan kepadanya ketika menjadi tahanan tentera penceroboh pada Oktober lalu.

Featured Mon, 26 Jan 2026

“I Am Totally Against Bullying” – Nafi Dakwaan Masuk Campur, Daler Yusuf Sokong Puteri Balqis

Penjelasan itu dibuat Daler susulan kritikan seorang individu yang mempersoalkan tindakannya sebelum ini.

Trending Thu, 17 Feb 2022

“Saya Mahu Banyak Belajar” – Sharifah Rose Tak Hirau Orang Kecam Kualiti Lakonan

Pempengaruh yang kini bergelar pelakon, Sharifah Rose, 23, tidak mempedulikan kecaman yang dilemparkan mengenai lakonannya. Pernah dikecam dan menerima kritikan warganet kerana lakonannya yang didakwa kayu, Rose juga menerima kritikan Menetapkan niat untuk belajar selok […]

Featured Sat, 21 Sep 2024

Selepas 21 Hari Meringkuk Dalam Penjara, Da’i Syed Bebas Dengan Ikat Jamin Sementara Tunggu Rayuan

Mahkamah Tinggi kemudian menetapkan 24 September ini bagi sebutan kes rayuan itu.

Trending Tue, 28 Jul 2020
Hiburan Mon, 15 May 2023
error: Content is protected !!