Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul July 17, 2020 @ 10:44am

Penganjuran LIMA’21 Tahun Depan Dibatalkan

Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2021 (LIMA’21) yang sepatutnya bakal berlangsung pada 16 hingga 20 Mac 2021 nanti dibatalkan.

Kementerian Pertahanan menerusi satu kenyataan memaklumkan, pembatalan tersebut berikutan impak ekonomi akibat wabak pandemik COVID-19 yang dilihat memberi kesan besar terhadap jumlah penyertaan pempamer dan pelabur dalam acara antarabangsa seperti LIMA.

“Ianya berkait rapat dengan langkah yang diambil oleh kebanyakan negara untuk menutup sempadan dan menyekat perjalanan ke luar negara bagi mengurangkan risiko penularan wabak tersebut, seterusnya menyukarkan pihak kementerian untuk mencapai sasaran penyertaan yang ditetapkan.

“Selain itu, kekangan masa dalam keadaan mencabar juga menyumbang kerana penganjuran acara berskala besar seumpama ini memerlukan tempoh yang wajar agar dapat dirancang dengan teliti dan terperinci termasuk untuk menjalankan aktiviti promosi dan publisiti bagi mendapatkan sasaran penyertaan dan juga memenuhi keperluan pelbagai sektor yang berkaitan,” kata kenyataan tersebut, semalam.

Dalam pada itu, ia sekaligus akan turut mempengaruhi impak kepada penjenamaan LIMA yang selama ini diklasifikasikan sebagai pameran maritim dan aeroangkasa utama di rantau Asia.

Mengulas lanjut, kenyataan tersebut menjelaskan, pembatalan tersebut juga dipengaruhi faktor pulangan perbelanjaan kerajaan dan syarikat penganjur.

“Kos penganjuran LIMA’21 dijangka meningkat mengambil kira keperluan untuk memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Dengan jangkaan jumlah penyertaan akan berkurangan, adalah sukar untuk mencapai pulangan pelaburan berbanding kos yang dikeluarkan oleh kerajaan dan penganjur,” tambah kenyataan itu lagi.

SIARAN AKHBAR PEMBATALAN PENGANJURAN PAMERAN ANTARABANGSA MARITIM DAN AEROANGKASA LANGKAWI 2021 (LIMA’21)

Posted by Kementerian Pertahanan Malaysia on Thursday, 16 July 2020

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 8 Oct 2024
Featured Sat, 10 Sep 2022
Featured Thu, 14 Oct 2021

Netizen Berang Youtuber Berani ‘Prank’ Warga Emas Di Mall

Tular satu video yang dimuat naik oleh Youtuber, Mizan Majid di mana dia menerima kecaman daripada warganet susulan ‘content’ yang dianggap tidak sesuai dengan budaya Malaysia. Video berdurasi 9 minit itu kemudiannya dikongsi oleh seorang […]

Trending Fri, 10 Aug 2018

Tular Video Datuk Seri Aliff Syukri Menghukum Anaknya

Dato Aliff kongsikan video menunjukkan beliau menghukum anaknya kerana tegas mendidik untuk kebaikan mereka.

Featured Thu, 13 Jan 2022

HKL Kenal Pasti Pegawai Farmasi Biadab, Bakal Ambil Tindakan

Adab tu penting dik, tak kiralah nak handle macam mana sekalipun…

Trending Mon, 29 Jun 2020

[Terkini] Orang Ramai Kini Boleh Hadir Ke Majlis Perkahwinan, Tidak Melebihi 250 Orang

Buat mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat..

error: Content is protected !!