Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 20, 2020 @ 9:39pm

BSH Fasa Ke-3 : Bayaran Bermula Jumaat Ini

Berita baik buat penerima BSH fasa ketiga!

Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 bagi fasa ketiga akan bermula Jumaat ini.

Menurut Menteri Kewangan, pembayaran itu akan dibuat berdasarkan kategori termasuklah, bilangan anak tanggungan dan baki nilai BSH 2020 yang akan diterima.

Tambahan RM120 bagi setiap anak bawah 18 tahun

Peruntukkan berjumlah RM3 bilion yang memanfaatkan hampir 4.8 juta penerima ini merangkumi 3.75 juta isi rumah dan 0.5 juta individu bujang berusia antara 40 hingga 59 tahun.

Malah, kadar BSH yang akan diterima juga mengambil kira 3.8 juta anak penerima BSH berusia 18 tahun ke bawah.

“Penerima kategori isi rumah akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun dengan maksimum empat orang anak.

“Sebagai contoh sekiranya Encik Ali berpendapatan di bawah RM2,000 dan mempunyai empat anak yang layak, beliau akan menerima RM1,580 merangkumi pembayaran sebanyak RM300 pada fasa pertama (Januari), RM200 pada fasa kedua (Mac) dan RM1,080 pada fasa ketiga (Julai).

Pembayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank

Bagi penerima BSH fasa ketiga ini, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, katanya, pembayaran boleh dituntut secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember.

Layak tetapi belum menerima BSH

Selain itu, bagi permohonan baharu BSH yang layak tetapi masih belum menerima apa-apa bayaran pada fasa pertama dan kedua, BSH akan dibayar secara sekaligus pada fasa ketiga ini bergantung kepada kelayakan.

Permohonan rayuan BSH akan dibuka 7 Ogos ini

Dalam pada itu, permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 7 Ogos sehingga 6 September depan.

” Sebahagian daripada mereka yang ditolak permohonannya masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDN,” Katanya.

Permohonan juga boleh dibuat disini Atau boleh hadir di cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Jun 2026

Penampilan Gaun Kuning Dikritik, Abang Syed Saddiq Tampil Pertahankan Bella Astillah – “Leave Her Alone”

abang kepad Saddiq iaitu Syed Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Truedollah tampil mempertahankan tunang adiknya itu. 

Hiburan Fri, 8 Aug 2025
Trending Wed, 24 Jun 2020

Akhirnya Sekolah Mula Dibuka Hari Ini

Selamat menempuh hari pertama persekolahan!

Hiburan Tue, 16 Dec 2025
Trending Tue, 11 Aug 2020

Kluster ‘Super Spreader’ Diminta Bertanggungjawab

Jangan selfish dan jadi rakyat yang prihatin

Featured Wed, 29 Mar 2023

[VIDEO] “Itu Fitnah! Saya Habiskan RM40,000 Hantar Anak Masuk Sekolah Antarabangsa” – Fatin Afeefa Perjelas Dakwaan Abai Pendidikan Anak

“Saya sedih sangat.. Difitnah. Buat saya terfikir, tak cukup ke apa yang saya beri pada anak?” – Fatin Afeefa

Featured Fri, 9 Feb 2024
error: Content is protected !!