Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 11, 2020 @ 4:41pm

Kluster ‘Super Spreader’ Diminta Bertanggungjawab

Kluster super spreader diminta agar tidak menyembunyikan sejarah perjalanan dan bersedia untuk menjalani saringan sekiranya mereka mempunyai kontak rapat atau berada di kawasan berlakunya penularan wabak tersebut.

Sila bertanggungjawab!

Itu saranan Pakar Epidemiologi Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Mohd Rohaizat Hassan supaya kluster berkenaan yang dianggap ‘super spreader’ dapat dikawal penularannya.

Tambahnya lagi, sikap tidak jujur dalam kalangan masyarakat menjadi punca penularan wabak itu kini sudah memberi kesan kepada tiga negeri iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

PKPD Bersasar Secara Pentadbiran (TEMCO) adalah TEPAT

Dr Mohd Rohaizat berkata, keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran (Temco) di dua kampung di Perlis tepat kerana ia mampu mengekang penularan untuk merebak dengan lebih besar.

Menurutnya, rakyat perlu sedar ‘peperangan’ dalam melawan pandemik maut ini masih belum selesai walaupun aktiviti harian dan ekonomi sudah berjalan seperti biasa namun pematuhan prosedur operasi standard (SOP) perlu diteruskan.

” Jangan kita terus selesa dengan kelonggaran yang dinikmati kini kerana Covid-19 masih ada dalam komuniti dan kerjasama rakyat perlu untuk pastikan kita bebas sepenuhnya dari cengkaman wabak ini,”

Kluster Sivagangga dianggap ‘super spreader’ kerana kadar kebolehjangkitan yang tinggi sehingga dikesan menular di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Bagi mengekang penularan itu, kerajaan mengumumkan Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul di Perlis dikenakan PKPD Temco sehingga akhir bulan ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 7 Aug 2018

Horrid Bomoh Enslaved and Had Sex With 12-Year-Old Girl for 15 Years!

He had sex with her many times since she was kidnapped.

Featured Wed, 28 Sep 2022
Hiburan Thu, 5 Oct 2023
Hiburan Sat, 5 Oct 2024
Featured Fri, 22 Aug 2025

Pasangan Pelakon Popular ‘Kantoi’ Ci*m Mulut Dalam Photobooth?

Dua pelakon popular dilaporkan ‘kantoi’ melakukan aksi tidak senonoh.

error: Content is protected !!