Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 24, 2020 @ 3:52pm

Cuti Khas Aidiladha Belum Diputuskan – KPM

Cadangan mengenai pemberian cuti khas sempena sambutan Aidiladha masih belum diputuskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia walaupun ianya jatuh pada minggu persekolahan berikutan perubahan Takwim Persekolahan 2020.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon, KPM akan mengumumkan perkara itu kepada semua pihak jika terdapat sebarang keputusan mengenai keperluan untuk meminda cuti perayaan itu.

Namun, setakat ini tiada perkembangan mengenai perkara tersebut.

Pelbagai pihak minta KPM pertimbangkan cuti

Sebelum ini, terdapat beberapa pihak seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memohon KPM supaya mempertimbangkan semula tarikh cuti persekolahan sempena Aidiladha pada 31 Julai ini.

Selain itu, NUTP turut mencadangkan diberi peruntukan cuti oleh KPM pada 30 Julai dan cuti pelepasan oleh Pejabat Pendaftar Negeri pada 29 Julai dan 3 Ogos ini bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai menyambut perayaan itu di kampung halaman.

Terdahulu, pengumuman takwim akademik yang baharu oleh KPM menyaksikan cuti sekolah bagi perayaan Aidiladha dipendekkan kepada dua hari iaitu pada 31 Julai dan 1 Ogos.

Sumber : Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 27 Oct 2018

“Sampai Korea Pukul 8 Pagi, 4.30 Petang Kena Hantar Balik Malaysia,”

“Sampai Korea Pukul 8 Pagi, 4.30 Petang Kena Hantar Balik Malaysia,” Lelaki Kongsi Pengalaman Trauma Melancong Sebab 1 Kesilapan

Hiburan Fri, 12 Jan 2024

Individu Dakwa Chef Wan Potong Separuh Gaji Pekerja Gred A, Bongkar Restoran De.Wan Tiada Untung?

Eh, takkanlah sampai gaji chef-chef hebat & pekerja lain RM1,500 je?

Kisah Viral Wed, 28 Feb 2024
Featured Thu, 25 Feb 2021

Tidak Perlu Surat Kebenaran Polis Untuk Rentas Daerah & Negeri Bagi…

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan ibu bapa yang perlu merentas daerah atau negeri untuk menghantar anak ke asrama menjelang pembukaan sesi persekolahan nanti tidak perlu lagi mendapatkan surat kebenaran […]

Hiburan Sun, 4 Feb 2024
Featured Sat, 12 Nov 2022

Iron Baju Umrah Ibu, Aksi Anak Wan Maimunah Undang Sebak Warganet

Pelakon terkenal Malaysia , Wan Maimunah yang akan mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi telah meraih perhatian warganet di media sosial. @aidahshermerican Semoga dipermudahkan urusan Ibu Dunia Akhirat… Salam rindu kami buat Rasulullah SAW. #wanmaimunah […]

error: Content is protected !!